takdir

Allah. Allah.Allah

Aku dah mula rasa simptom-simptom itu. ya. bertahan. bertahan. aku bertahan dan hampir bertengkar dengan doktor agar diberi sedikit tempoh masa supaya aku dapat menghadiri peperiksaan semester ini. aku dah semakin kritikal. muka semakin hari dah semakin pucat, lesu, dan tak bermaya. Perut? Usus? jangan katalah. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya aku menahan sehari demi sehari. Aku redha.

Aku dah mula demam dan batuk. batuk yang tidak akn henti mengikut perkiraan doktor sehingga aku selesai menjalani pembedahan. Ya Tuhan, kuatkan aku. aku lemah. Tapi sedaya upaya aku cuba maniskan muka dihadapan orang lain. Menyembunyikan penyakitku. Aku harap mereka tidak sedar dan aku tidak terlalu obvious nampak menahan rasa kesakitan itu walau kadangkala hampir merah muka menahan rasa sakit yang teramat yang kadang-kadang menyerang diri ini.

Sekarang musim ulangkaji. ya. STUDY WEEK. Setiap hari aku gagahkan kaki melangkah ke library yang nun jauh diatas bukit. Setiap hari, mesti aku akan sediakan sebungkus tisu di dalam beg sebelum sampai di library. Sebabnya, tisu itu akan aku gunakan menyembunyikan darah yang aku keluarkan setiap kali aku batuk. ya Tuhan, Ya robbul Jalal, jika ini ditakdirkan ke atas aku, ujianmu yang sedikit ini, kau kuatkan aku. Yakinkan aku yang aku mampu. Robbi yassir wala tua'ssir.

PD. Sahabat sekelas beria mahu menjalankan aktiviti kelas untuk merapatkan ukhuwah sebelum exam. mulanya aku x mampu untuk hadir pada hari itu. ya, bdanku lemah. tapi, dengan kekuatan yang ada, ku gagahi. Aku takut, inilah memori terakhirku bersama mereka. Aku join semua aktiviti. Banana boat. Tak sepatutnya aku sertai dengan keadaan aku yang memang kurang tenaga dan perutku yang meragam. Aku cuba, aku usaha untuk sembunyikan dari mereka. Beberapa kali aku ditegur, 'kak, oke ke?', 'Muka akk pucat, kenapa?'. jawapanku mudah. "SIMPTOM". biarlah mereka mentafsirnya. Aku telan 4 biji kapsul haritu untuk aku bertahan. Kerna aku sayang mereka. Aku tak mahu jika aku pergi, tiada memori aku bersama mereka. Biar aku bawa penggalaman ini menemani aku. 

Semoga Allah merahmati mereka. merahmati kebaikan mereka terhadapku. 
Doakan aku!
Nikmalmaula wanikmal wakil
Allah sahaja pengharapanku.
Allah sahaja tempatku bergantung.

*aku rindu pondok. rindu mereka-mereka dipondok*


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 26 menulis:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Green Polka Dotted Pencil