Siapa Perompak Sebenarnya?

Gambar sekadar hiasan

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. 

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

Sumber emel...

-C&P -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Uthman

Ku tertarik,
dengan penceritaan Uthman pada Abu Bakar dan Umar al-Khattab.

Menurutnya,
tika beliau tiba,
Baginda sedang menjahit pakaiannya yang lusuh dan koyak rabak,
sedangkan Baginda boleh saja memiliki pakaian mewah seperti Maharaja Rom dan Parsi, namun Baginda memilih untuk menjadi tauladan buat Ummahnya.

Kemudian,
Baginda ke pasar,
dengan hanya lapan dirham semuanya.

Dalam perjalanan,
Baginda ditemukan dengan seorang wanita yang kehilangan duit,
lantas Baginda memberinya dua dirham yang ada pada Baginda.

Tibanya di pasar,
Baginda membeli pakaian,
dengan harga sebanyak empat dirham.

Dalam perjalanan pulang pula,
Baginda ditemukan dengan seorang hamba perempuan,
yang bogel tanpa pakaian,
dan diminta pada Baginda,
akan pakaian yang baru dibelinya itu.

Lantas,
Baginda memberinya serta-merta.

Diteruskan lagi,
Baginda ditemukan pula,
dengan seorang hamba perempuan,
yang menangis ketakutan hendak pulang ke rumah tuannya.

Lantas,
Baginda menemaninya pulang.

Si tuan teramat gembira,
hinggakan si hamba itu dibebaskan tika itu jua.

*speechless*

***

Nampakkah anda, wahai akhi, wahai ukhti?

Rasulullah menjadi contoh sekalian ummah.

Tika ramai mengelat daripada berdakwah,
dengan katanya kegawatan ekonomi,
kurang Qawiy dan sebagainya,

Allah hadirkan Rasulullah,
membuktikan,
dengan hanya lapan dirham,
tiga nyawa manusia diubah sebegitu rupa.

Dan melalui ini jua,
kita ditegur Allah,

untuk berdakwah setiap nafas kita,
biarpun ke Tesco, biarpun ke Giant, mahupun Mydin.

Khalifah bukan sekadar tag nama,
dipakai tika perlu,
disimpan tika tidak.

La, ya Akhi.

Engkau sebaik-baik kejadian,
maka izzahlah kamu,
dengan agamaNya yang benar ini.

Moga Allah redha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Green Polka Dotted Pencil