JANJI

Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi esoknya



Pena Bakal Guru;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelajar Terima Baucar RM200

Salam alaik,

Hari ini, kerajaan telah umumkan kepada semua bahawa pelajar Malaysia yang menuntut di Malaysia layak untuk menerima baucar RM 200 untuk pembelian buku ilmiah dan buku yang digunapakai di IPT masing-masing. Malangnya, pelajar yang menuntu di Institut Pendidikan Guru (IPGM) tidak layak untuk menerima.


Hakikatnya, pelajar-pelajar yang menuntut di IPGM sudah lama menerima elaun buku minimum RM 600 - RM 1000. Elaun buku yang diberikan oleh KPM bergantung kepada kos dan keperluan jurusan yang diambil oleh para pelatih guru. Jumlah yang diberikan bergantung juga pada budget KPM dan mengikut taraf hidup setempat. Itulah untungnya menjadi pelatih guru di IPGM. Banyak kelebihan berbanding pelajar IPT yang mengambil jurusan pendidikan di unuversiti- universiti tempatan. Peluang pekerjaan dan penempatan juga terjamin. Apa-apapun, belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. Beruntunglah anda menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang mendapat peluang pendidikan yang sama rata. Gunalah wang tersebut dengan sebaik mungkin.



Pena Bakal Guru;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Ubah Yang Biasa

Salam alaik;
Tertarik dengan gambar dakwah yang sangat simple ini. Mungkin kita tidak sedar akan salah kita. Apa salahnya kita biasa apa yang kita tidak biasa lakukan. Tak salahkan berubah untuk kebaikan. Jika kita yang tidak mulakan siapa lagi? Jika kita sebgai guru tidak melatih dan mendidik siapa lagi? Jom! ikut dan laksanakan sunnah.





Biasakan yang tidak biasa;


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Filem Taare Zameen Par(Like Star on Earth)

 
 
Guru-guru sekalian, jom tonton filem yang penuh pengajaran ini.
 
 



Pena Bakal Guru;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mahasiswa IPTA vs Guru Pelatih IPGM


Gerakan Mahasiswa kini nampaknya semakin berbisa. Mereka sudah sampai ke tahap menjadi de facto dalam dasar- dasar negara. Sememangnya inilah peranan mahasiswa. Mereka lantang bersuara mebidasa dan menjadi check and balance pada kerajaan dalam segenap isu. Mereka membuktikan kekuatan mereka dengan ilmu yang mereka miliki demi memastikan masa hadapan terus cerah dan tidak terancam di tanah air sendiri.

Sirna baharu mereka ini dilihat sebagai sesuatu yang positif oleh masyarakat. Mahasiswa tidak lagi lesu sebagai pembela masyarakat. Kalau dahulu ya masyarakat kita buta huruf, buta teknologi tak tahu apa- apapun tentang erti kemajuan. Maka tanah terjual, kampung tergadai. Tatkala itu terjadi hanya dua tiga orang sahaja anak kampung menjadi mahasiswa maka mereka bersuara. Kini kian ramai anak kampung bergelar mahasiswa. Malahan mereka juga punya bekalan fikrah dan kerohanian yang tinggi.

Jauh nun di ibu kota, di Universiti Malaya mahupun di Universiti Kebangsaan Malaysia, mahasiswa kita berdepan dengan satu ranjau penuh berani. Memperjuangkan hak mereka, hak masyarakat, hak agama dan generasi masa hadapan. Mereka membantah isu PPSMI, berani membuat keputusan yang drastik yang kerajaan anggap benar, tapi hakikatnya memakan bangsa. Mereka juga sudah terkehadapan dengan penyerahan memorandum dan membawa suara masyarakat jauh lebih penting dari peranan ahli parlimen.

Kerajaan pula janganlah hanya memainkan retorik sahaja menyatakan bahawa mahasiswa adalah modal penting negara. Peranan mereka ditagih untuk membangunkan negara mancapai tahap dan status negara maju. Dengarlah dan ambil perhatian pada suara mahasiswa ini. Dalam segenap hal, mahasiswa lebih memahami dan arif berbanding ahli parlimen. Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara yang bakal berlangsung Julai ini adalah hasil inisiatif Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) harus menjadi perhatian dan medan kerajaan mengkaji keberkesanan sistem pendidikan nasional ketika ini.

Mahasiswa IPTA sudah jauh ke hadapan. Kemalapan pula menghantui mahasiswa bergelar guru pelatih di 28 buah IPGM seluruh negara. Mahasiswa IPGM dikatakan tidak bersuara. Persoalannya, adakah kami tidak bersuara atau kami dikunci mulut? Inilah yang harus diketahui pihak di luar sana sebelum menyatakan apa- apa berkenaan kemalapan mahasiswa IPGM. Mahasiswa IPGM inilah yang akan berada di barisan hadapan kelak mendidik anak bangsa kita menjadi insan berguna dan terpelajar. Tetapi kami juga yang dirundung kemalapan kini.

Guru pelatih kini dalam situasi terkongkong. Terus ditekan dan tiada punya kebebasan segah mahasiswa IPTA. Mahasiswa IPTA hebah dengan mengusung keranda Akta 152, membanjiri jalanan mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI tetapi guru pelatih hanya diam membisu? Kenapa? Bukankah mahasiswa IPGM ini adalah guru. Mereka sepatutnya mempertahankan bahasa kebangsaan.

Keruntuhan akhlak dan hedonisme yang kian merebak dalam kalangan belia negara juga menjadi perhatian mahasiswa IPTA. Tetapi kenapa guru pelatih masih berdiam diri? Tiada sebarang kenyataan atau bantahan sehebat mahasiswa IPTA. Mahasiswa IPTA sanggup ke parlimen menyerahkan memorandum, pergi ke Kompleks Perdana di Putrajaya menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri. Apa bezanya Universiti Malaya dan IPGM Kampus Bahasa Melayu juga Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa yang hanya bersebelahan?

Sedarilah bahawa kita adalah barisan paling hadapan. Kita yang mengerakkan dan berada dalam dasar ini kelak. Andai PPSMI terus gagal, kita adalah yang mengagalkannya. Andai bahasa kebangsaan dianak tirikan di negara sendiri, kita lah yang gagal membangkitkan dan menjadikannya sebagai bahasa citra bangsa kita. 

Bersyukurlah wahai pewaris generasi guru sekalian. PPSMI bukan isu lagi. Tapi bukan atas usaha dan daya anda sebagai guru pelatih dan dan guru. Tetapi atas usaha daya mahasiswa IPTA di luar sana. Sampai bilakah pewaris generasi guru ini akan malap? Tidak bangun dan bangkit segah mahasiswa di luar sana. Sampai bila-bila kah? atau sampai rosaknya bangsa dan agama? Fikir dan renung-renungkan. Andalah bakal penentu generasi akan datang. Jika bukan anda yang bangkit, siapa lagi? Jangan hanya menjadi pemerhati tanpa tindakan. Bangunlah wahai guru pelatih sekalian!



Guru pelatih;


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday #2


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)

ŲØِŲ³ۡŁ…ِ Ł±Ł„Ł„Ł‡ِ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ۡŁ…َŁ€ٰŁ†ِ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ِŁŠŁ…ِ
Ų§Ł„Ų³Ł„Ų§Ł… Ų¹Ł„ŁŠŁƒŁ… ŁˆŲ±Ų­Ł…Ų© Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲØŲ±ŁƒŲ§ŲŖŁ‡

Khusuf‘ (Ų§Ł„Ų®ُŲ³ُŁˆŁِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.
.
Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”
.
.

A.  Solat Gerhana Bulan (Khusuf)


1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.
.
2.  Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
Daku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.
3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.
.
4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;

Ų§َŲ³ْŲŖَŲŗْŁِŲ±ُ Ų§Ł„Ł„Ł‡ َ Ų§Ł„Ų¹َŲøِŁŠْŁ…َ Ų§Ł„Ų°ŁŠ Ł„Ų§َ Ų§ِŁ„َŁ€ٰŁ‡َ Ų§ِŁ„Ų§َّ Ł‡ُŁˆَ Ų§Ł„Ų­َŁŠُّ Ų§Ł„Ł‚َŁ€ŁŠُّŁˆŁ…ُ ŁˆَŲ§َ ŲŖُŁˆْŲØُ Ų§ِŁ„َŁŠْŁ‡ِ

Ų§َŲ³ْŲŖَŲŗْŁِŲ±ُ Ų§Ł„Ł„Ł‡َ Ų§Ł„Ų¹َŲøِŁŠْŁ…َ Ł„ِŁ‰ ŁˆَŁ„ِŁˆَŲ§Ł„ِŲÆَŁŠَّ ŁˆَŁ„ِŲ¬َŁ…ِŁŠْŲ¹ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ِŁŠْŁ†َ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…ُŲ³ْŁ„ِŁ…َŲ§ŲŖِ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠْŁ†َ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†َŲ§ŲŖِ 

Ų§Ł„Ų§َŲ­ْŁŠŲ§َŲ”ِ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŲ§ْŁ„Ų§َŁ…ْŁˆَŲ§ŲŖ

.
5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :

  Ų§َŁ„Ł„ّŁ‡ُŁ…َّ Ų„ِŁ†َّŲ§ Ł†َŲ³ْŲŖَŲŗْŁِŲ±ُŁƒَ Ų„ِŁ†َّŁƒَ ŲŗَŁَّŲ§Ų±ًŲ§ ŁَŲ£َŲ±ْŲ³ِŁ„ِ Ų§Ł„Ų³َّŁ…َŲ¢Ų”َ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ†َŲ§ Ł…ِŲÆْŲ±َŲ§Ų±ًŲ§ Ų§Ł„Ł„ّŁ‡ُŁ…َّ Ų„ِŁ†َّŲ§ Ł†َŲ¹ُŁˆْŲ°ُŲØِŁƒَ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„Ų°ُّŁ†ُŁˆْŲØِ

Ų§Ł„َّŲŖِŁŠ ŲŖَŁ…ْŁ†َŲ¹ُ ŲŗَŁŠْŲ«َ Ų§Ł„Ų³َّŁ…َŲ¢Ų”ِ Łˆَ Ł†َŲ¹ُŁˆْŲ°ُŲØِŁƒَ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„Ų°ُّŁ†ُŁˆْŲØِ Ų§Ł„َّŲŖِŁŠ ŲŖُŲ°ِŁ„ُّ Ų§Ł„Ų£َŲ¹ِŲ²َّ Łˆَ ŲŖُŲÆَŁ„ِّŁ„ُ Ų§Ł„Ų£َŲ¹ْŲÆَŲ§Ų”,  Ų§Ł„Ł„ّŁ‡ُŁ…َّ

Ų§ŲŗْŁِŲ±ْ Ł„ِŁ„ْŁ…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ِŁŠْŁ†َ ŁˆَŲ§Ł„Ł…ُŲ³ْŁ„ِŁ…َŲ§ŲŖِ ŁˆَŲ§Ł„Ł…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠْŁ†َ ŁˆَŲ§Ł„Ł…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†َŲ§ŲŖِ Ų§Ł„Ų£Ų­ْŁŠَŲ§Ų”ِ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŲ§Ł„Ų£Ł…ْŁˆَŲ§ŲŖِ Ų„ِŁ†َّŁƒَ Ų³َŁ…ِŁŠْŲ¹ٌ

Ł‚َŲ±ِŁŠْŲØٌ Ł…ُŲ¬ِŁŠْŲØُ Ų§Ł„ŲÆَّŲ¹َŁˆَŲ§ŲŖِ ŁˆَŁ‚َŲ§Ų¶ِŁŠَ Ų§Ł„Ų­َŲ§Ų¬َŲ§ŲŖ

.
.

B.  Cara Solat Sunat Khusuf 

 

 Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( Ų§Ł„ŲµِّŁ„Ų§َŲ©ُ Ų¬َŲ§Ł…ِŲ¹َŲ©ً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:
.

1.  Cara Pertama

Solat Sunat Khusuf  2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.
.
a.   Rakaat Pertama
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz.
4.       Membaca surah Al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6.       Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.
.
b.   Rakaat kedua.
1.       Membaca surah Al-Fatihah.
2.       Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5.       Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.
.
.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua  Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.”  (Hr Bukhari dan Muslim).
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:

ŁˆŁƒŲ§Ł† Ų„Ų³Ų­Ų§Ł‚ ŲØŁ† Ų±Ų§Ł‡ŁˆŁŠŁ‡ ŁŠŁ‚ŁˆŁ„: Ł„Ų§ ŁŠŲŖŲ¹ŲÆŁ‰ ŲØŲ°Ł„Łƒ Ų£Ų±ŲØŲ¹ Ų±ŁƒŲ¹Ų§ŲŖ ŁŁŠ ŁƒŁ„ Ų±ŁƒŲ¹Ų© Ł„Ų£Ł†Ł‡ Ł„Ł… ŁŠŲ«ŲØŲŖ Ų¹Ł† Ų§Ł„Ł†ŲØŁŠ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… Ų£ŁƒŲ«Ų± Ł…Ł† Ų°Ł„Łƒ. ŁˆŁ‚Ų§Ł„ Ų£ŲØŁˆ ŲØŁƒŲ± ŲØŁ† Ų§Ł„Ł…Ł†Ų°Ų± ŁˆŁƒŲ§Ł† ŲØŲ¹Ų¶ Ų£ŲµŲ­Ų§ŲØŁ†Ų§ ŁŠŁ‚ŁˆŁ„: Ų§Ł„Ų§Ų®ŲŖŁŠŲ§Ų± ŁŁŠ ŲµŁ„Ų§Ų© Ų§Ł„ŁƒŲ³ŁˆŁ Ų¹ŁŠŁ† ŁˆŲ„Ł† Ų“Ų§Ų” Ų«Ł„Ų§Ų«Ų© ŁˆŲ„Ł† Ų“Ų§Ų” Ų£Ų±ŲØŲ¹Ų©

Ishak B. Rahawaih berkata:  “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”
.
.

2.  Cara Kedua

Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
.
  1. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
  2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat  gerhana.
  3. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.
  4. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
  5. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
  6. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
  7. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.
Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara ‘Solat Kusuuf’ (solat gerhana) memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat kusuuf dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali ruku’ dalam setiap raka’at, atau empat kali ruku’ dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)
.
.

C.  Khutbah Solat Gerhana

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

Ų«Ł… Ų³Ł„Ł… ŁˆŁ‚ŲÆ ŲŖŲ¬Ł„ŲŖ Ų§Ł„Ų“Ł…Ų³ ŁŲ®Ų·ŲØ Ų§Ł„Ł†Ų§Ų³ ŁŁ‚Ų§Ł„ ŁŁŠ ŁƒŲ³ŁˆŁ Ų§Ł„Ų“Ł…Ų³ ŁˆŲ§Ł„Ł‚Ł…Ų± Ų„Ł†Ł‡Ł…Ų§ Ų¢ŁŠŲŖŲ§Ł†

Ł…Ł† Ų¢ŁŠŲ§ŲŖ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ł„Ų§ ŁŠŲ®Ų³ŁŲ§Ł† Ł„Ł…ŁˆŲŖ Ų£Ų­ŲÆ ŁˆŁ„Ų§ Ł„Ų­ŁŠŲ§ŲŖŁ‡ ŁŲ„Ų°Ų§ Ų±Ų£ŁŠŲŖŁ…ŁˆŁ‡Ł…Ų§ ŁŲ§ŁŲ²Ų¹ŁˆŲ§ Ų„Ł„Ł‰ Ų§Ł„ŲµŁ„Ų§Ų©.

 ”Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”  
 (Riwayat Bukhari r.a.)
.
.
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.
.
.
Wallahu A’alam Bissowab






Marilah beramal;




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tomato

Salam alaik,



Waktu cuti-cuti macam ni, memang 24 jam, online jea. Fb, blog, YM. Kadang-kadang itulah cara mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan dan sahabat yang berada jauh di perantauan. Pengubat rindu kepada mereka hanya berhubung sengan media-media elektronik seperti ini. Kadang-kadang dengan medium inilah juga, ilmu dapat dipertingkatkan. Tetapi dalam banyak-banyak kelebihan, mesti ada juga kekurangan media elektronik ni, 

Niat di hati, ingin berkongsi nota-nota sepanjang berada di IPG ni. Tetapi masih lagi di dalam proses penulisan, edit dan sebagainya supaya apa yang dikongsi bukan sekadar memenuhi syarat, tetapi biarlah diambil sebagai pembelajaran dan perkongsian ilmu yang penuh makna. Bukan sekadar baca dengan mata, then hilang xdapat apa-apa.

Tadi, masa buka fb, ada perkongsian video dari sahabat. Sebuah filem pendek rupanya. Sangat-sangat terkesan dengan isi kandungan dan apa yang ingin disampaikan. Sungguh, persahabatan itu indah.


Mood : Rindu USRAH!

Salah satu cara perkongsian tazkirah dan ilmu baru dengan kreatif dan oleh pelajar Malaysia di luar sana. THUMBS UP!










Rindu usrah;



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fenomena Gerhana Bulan 10/12/2011

credits
Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.
(Jika video tidak muncul, sila klik terus ke link youtube ini)


Gambarajah 1 di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)
Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada beberapa bahagian:

i. Penumbra – kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar.

ii.Umbra – kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari. Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.

Gambarajah 1
Gambarajah 2, di bawah  ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html).

Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir.

Gambarajah 2

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

sumber : http://www.falak-online.net

p/s : lihat shja tiada gunanya. Marilah sama - sama bersolat sunat gerhana :)





Menunggu saat-saatnya;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Green Polka Dotted Pencil