Pelajar Terima Baucar RM200

Salam alaik,

Hari ini, kerajaan telah umumkan kepada semua bahawa pelajar Malaysia yang menuntut di Malaysia layak untuk menerima baucar RM 200 untuk pembelian buku ilmiah dan buku yang digunapakai di IPT masing-masing. Malangnya, pelajar yang menuntu di Institut Pendidikan Guru (IPGM) tidak layak untuk menerima.


Hakikatnya, pelajar-pelajar yang menuntut di IPGM sudah lama menerima elaun buku minimum RM 600 - RM 1000. Elaun buku yang diberikan oleh KPM bergantung kepada kos dan keperluan jurusan yang diambil oleh para pelatih guru. Jumlah yang diberikan bergantung juga pada budget KPM dan mengikut taraf hidup setempat. Itulah untungnya menjadi pelatih guru di IPGM. Banyak kelebihan berbanding pelajar IPT yang mengambil jurusan pendidikan di unuversiti- universiti tempatan. Peluang pekerjaan dan penempatan juga terjamin. Apa-apapun, belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. Beruntunglah anda menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang mendapat peluang pendidikan yang sama rata. Gunalah wang tersebut dengan sebaik mungkin.



Pena Bakal Guru;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 26 menulis:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Green Polka Dotted Pencil