2013

Rasanya memang dah lama sangat aku tak update blog ni. bukan takde masa, tetapi tak teringat pulak yang aku ada blog. hahaha. yess. i admit banyak benda aku nak bercerita sebenarnya.. start selepas aku habis berSBE tahun lepas sehinggalah aku masuk semester yang baru tahun ni. kelas baru, rakan-rakan baru, MENTOR baru yang tak pernah lagi bersua muka dengannya dan juga pensyarah-pensyarah baru yang mengajar aku yang langsung tidak pernah mengajar aku sebelum ni.ya, semuanya suasana baru. syukur alhamdulillah,aku boleh hadapi semua ni. aku percaya,apa yang berlaku semuanya ada hikmahnya..Allah dah aturkan segalanya untuk aku. Allah plan segalanya untuk aku.ya,aku perlu redha dan yakin dengan semua plan Allah. ohya, aku terlupa,aku sebenarnya sempat merasa masuk pondok sebentar bermula selepas raya, sehinggalah aku dapat surat untukmasuk ke ipg semula. aku tak tahu knapa tapi aku rasa seronok sangat duduk kat sana. xstress, tenang je sentiasa. mungkin sebab berkat alquran. yg paling ajaibnya, kitorg memang wajib tidur teangahari antara pukul 12- 2 petang, dan aku tak pernah rasa panas walaupun xde aircond and ipas bagai. siap sejuk menggeletartime tidur tu. masa mula-mula aku agak pelik la bebudak ni tidur tengahari pun nak berselimut bagai. tarik tilam, xmau tidoq atas lantai, sejuk katanya. memang aku buat muka pelik ja la time tu kan. sekalirasa bebetul,pergh.. serius, sejuk gila baq hang. padahal kat luar punyapanas, jemur kain 2minit boleh kering. 

Masyaallah, itulah keberkatan alquran. banyak benda aku belajar di sana. dalam masa 3 bulan tu, aku jadi rapat gila dengan anak-anak pakngah, komuniti kat sana, tokwan (ustaz kitab kami), kakngah (isteri tokwan), abg pit (student lama situ merangkap menantu pakngah) dan pakcikmer. ya, diorg memang sahabat terbaik aku. aku ada problemmmg depa lah yang aku cari. dah macam family sendiri aku rasa. serius, aku susah nak rapat dengan orang sebenarnya tapidengan diorang, aku boleh.aku susah nak cerita probs dengan orang,tapi dengan diorang semua benda aku nak bercerita. aura apa aku pun taktau. ya, aku selesa dengan diorang. thats the words! nantilah aku cerita lagi.. lapar bhaaa. mau makan. online di kelas sebab bilikakumemang xdapat internet langsung. T.T

to be continued...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Green Polka Dotted Pencil