Surat untuk ayah pulak yea!

Pagi itu sungguh sejuk. Tiupan angin yang masuk melalui celahan jendela terasa dingin memenuhi ruang kamar yang agak luas. Selimut yang terdampar di pinggir kaki ditarik hingga ke paras dada. Terasa selesa namun belum cukup untuk membuatkan mata terlena kembali. Dengan malas dia membuka mata perlahan-lahan. Suasana agak sunyi tanpa isteri di sisi. Dia memicit kepalanya berulang kali. Tidur yang agak lena malam tadi tidak dapat mengatasi keletihan fikirannya. Dia terus termenung di katil. Bantal yang biasanya ditiduri oleh isteri yang tercinta, kosong. Sekosong perasaannya pada waktu ini. Pandangannya menerawang ke seluruh bilik. Tersentak seketika, matanya terpaku pada sepucuk surat di atas meja solek.


Walaupun langkahnya agak berlenggang, hatinya diterpa pelbagai persoalan. Surat apakah ini? Sampul surat berwarna biru muda itu jelas ditujukan buatnya ; Kepada Ayah. Dia melabuhkan badannya di atas katil, mencari keselesaan dan mula membuka surat itu. Tulisan tangan yang terpampang pada surat tersebut memang jelas dikenali.
Dia memulakan pembacaannya. “Ayah, hari ini hari minggu. Biasanya ibu akan membawa saya berjogging dan kemudian ke taman permainan dan kadangkala ke perpustakaan awam. Tapi ibu tiada dan ayah sudah berjanji pada ibu untuk membawa saya pergi ke taman pagi ini. Kesibukan ayah setiap hari membuatkan saya ternanti-nantikan hari ini untuk bersama ayah dan menghabiskan masa dengan ayah. Namun ayah masih belum bangun lagi. Minggu lepas pun, ayah tak menemani saya ke taman walaupun ayah sudah berjanji. Malah, cuti sekolah yang lepas pun ayah tidak memenuhi janji ayah untuk membawa saya pulang ke kampung. Mungkin ayah tidak kisah dengan janji-janji itu namun, saya kisah kerana ayah selalu memungkiri janji. Ayah, janganlah membuat janji palsu lagi. Ingat ayah, saya merasa amat kecewa jika janji dimungkiri.” “Ayah juga selalu mengingatkan pada saya supaya meminta maaf jika saya telah melakukan kesilapan pada sesiapa jua. Tapi, kenapa ayah tidak meminta maaf dengan saya kerana memungkiri janji?”. Ayah, jangan sangka ayah akan hilang martabat dengan meminta maaf daripada saya. Jika ayah mengaku dan meminta maaf secara jujur di atas kesilapan yang ayah buat, kemesraan antara kita pasti akan bertambah.”
Dia termenung. Surat itu masih dipegangnya. Dia sedar, dia terlalu sibuk bekerja sehingga melupakan kasih sayang yang sepatutnya dimiliki oleh anaknya. Matanya menerawang ke segenap ruang kamar. Pengap dan kelam mengaburi mata. Namun dia masih ingin membaca surat itu. “Ayah, semalam ayah telah membuang sampah di tepi longkang semasa kita makan di luar. Saya masih ingat ayah ajar tentang kebersihan di rumah. Ayah suruh saya buang sampah di dalam bakul sampah yang terdapat di dapur dan setiap bilik. Ayah kata kebersihan amat penting dan ayah tak suka kepada orang yang kotor. Malah ayah juga pernah menjentik tangan saya kerana membuang sampah di bawah pokok bunga di halaman rumah kita. Ayah, jangan berpendirian tidak tetap, ia akan mengelirukan saya dan akhirnya saya akan hilang kepercayaan terhadap ayah! Dia memejamkan mata. Memang benar, dia selalu menasihati anaknya tentang kebersihan. Tidak kiralah di mana-mana pun, dia selalu mengingatkan anaknya tentang kebersihan. Namun, semalam dia terlupa dan melempar bungkusan makanan di tepi longkang.
Dia begitu letih semalam. Letih kerana seharian bekerja dan terpaksa mengambil alih tugas isterinya mengambil anak di sekolah dan membawanya makan di luar. Betapa malunya dia kerana anaknya lebih prihatin dengan apa yang berlaku semalam. Dia memejamkan mata seketika dan meneruskan bacaannya. “Ayah, jangan manjakan saya, saya sebenarnya tahu saya tidak perlu mendapat semua yang saya inginkan, saya hanya menguji ayah! Semalam saya sengaja mengada-ngada inginkan itu ini. Saya tahu ayah agak keberatan untuk membelikan kereta mainan yang saya inginkan itu. Tapi ayah tetap membelikannya untuk saya sedangkan di rumah ini, mainan saya sudah terlalu banyak. Ayah, jangan takut untuk bertegas dengan saya. Saya lebih suka begitu. Sikap tegas ayah akan menjadikan saya lebih selamat dan lebih pandai berfikir di masa akan datang.” Dia masih ingat lagi semalam. Selepas makan di restoran makanan segera, mereka lalu di sebuah kedai permainan. Dia memang tahu barang permainan anaknya memang banyak dan terlalu banyak. Namun, dia malas nak mendengar anaknya membebel dan menangis jika mainan tersebut tidak dibelikan. Itulah yang berlaku jika isterinya menolak permintaan anak mereka setiap kali mereka keluar bersama. Dia juga selalu menegur sikap isterinya yang terlalu tegas dan selalu menasihati anak mereka dengan panjang lebar tentang sesuatu perkara sedangkan, kadangkala perkara tersebut terlalu remeh untuk diperkatakan. Memang benar apa yang dilakukan oleh isterinya. Anak-anak harus dinasihati selalu agar mereka lebih pandai berfikir dan sikap tegas ibu bapalah yang mendidik anak-anak menjadi manusia yang cemerlang. Dia menarik nafas panjang dan menatap bait-bait ayat terakhir dalam surat tersebut. “Ayah, semasa saya menulis surat ini, jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Saya masih teringat kata-kata ayah sebelum ayah masuk ke bilik malam tadi. Ayah minta saya mengaku perkara yang tidak saya lakukan. Memang benar ayah, bukan saya yang tumpahkan susu di dapur dan bukan saya yang menyepahkan surat khabar di ruang tamu. Saya tahu ayah penat kerana terpaksa mengambil saya balik dari sekolah, membawa saya makan malam di luar dan menyeterika pakaian setiap malam. Tapi itu semua ayah lakukan hanya untuk seminggu sahaja. Sedangkan ibu, tak pernah merungut-rungut walaupun seharian penat di pejabat dan dengan wajah yang manis ibu tetap mengemas rumah, memasak serta menyeterika pakaian kita sekeluarga. Setiap hari!” “Ayah selalu meninggalkan ruang tamu bersepah setelah membaca surat khabar. Ayah juga kerapkali meninggalkan mug di atas meja sehingga kadangkala mug itu bersemut. Tapi ibu tak pernah menuduh ayah kerana dia tak nampak ayah yang lakukan. Susu yang tumpah di dapur itu ayah yang tumpahkan. Pagi semalam ayah bangun lewat dan kelam kabut. Semasa ayah buka peti ais, ayah tersinggung kotak susu tu. Macam mana ayah boleh kata saya yang buat? Sebenarnya dah banyak kali ayah bertanya pada saya tentang sesuatu perkara yang bukan disebabkan oleh saya. Walaupun saya tidak melakukannya, ayah seolah-olah tidak percaya. Ayah, janganlah terlalu menguji kejujuran saya. Perbuatan ayah itu membuatkan saya takut dan akhirnya saya akan sanggup berbohong.” “Ayah, saya harap ayah tidak tersinggung dengan apa yang saya tuliskan dalam surat ini. Saya sayangkan ayah sebagaimana saya sayangkan ibu. Memang benar syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Namun, saya perlukan tangan ayah untuk memimpin saya ke syurga tersebut.” Dia melipat semula surat itu dengan perlahan dan perasaan yang berat. Kelalaian, kelemahan dan kepincangan yang dilakukannya benar-benar menginsafkannya. Dia benar-benar lupa bahawa anak itu adalah amanah dari Allah s.w.t yang harus di pelihara bukan diabaikan. Selama ini tugas menjaga dan mendidik anak diserahkan bulat-bulat kepada isteri tanpa mengambil kira kepenatan dan kejerihan isteri bertungkus lumus bekerja dan mendidik anak. Baru seminggu isterinya berkursus di luar negeri, pelbagai-bagai peristiwa telah berlaku. Rumah bersepah, anak terbiar dan dirinya sendiri tidak terurus. Dia terlalu leka. Dia juga menganggap bahawa menjaga seorang anak bukanlah sesukar mana. Namun, apa yang berlaku hari ini benar-benar menyentak naluri kebapaannya dan dari detik ini hatinya mula di tumbuhi dengan keazaman untuk memelihara keperibadiannya demi memimpin keluarganya . Pintu kamar diselak. Wajah manis anak menyejukkan nalurinya. Si anak menghulur tangan. Dia menyambut tangan anaknya dengan hati yang terbuka luas. Fikirannya rancak menyenaraikan aktiviti yang akan dilakukan hari ini dan seterusnya. Hari ini dia belajar erti ‘kebapaan’ dari anak yang berusia 10 tahun. 
Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 28 bermaksud: 
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu adalah menjadi ujian dalam kehidupan kamu, sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...

Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar,
Anak mak yang dah tak degil

source: iluvislam.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Biskut Raya Paling Mudah : Cornflake Madu



Bahan-bahan
Cornflake - 2 kotak nestle corn flakes
Madu - 1 1/2 cawan
Gula - 1 cawan
Majerin planta - 1 cawan
Peanut butter - 1 1/2 cawan
Urai (colouring chocolate rice) - tabur
Cup kertas
Cara-cara :
Panaskan majerin.
Masukkan gula dan madu.
Kacau pelahan-lahan sampai gula hancur.
Masukkan peanut butter, kacau pelahan-lahan.
Tuangkan cornflakes dalam bekas yang besar.
Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang dah masak tu dalam cornflakes.
Kacau pelahan-lahan untuk rata sebatikan antara kedua-dua bahan.
Guna sudu kecil untuk masukkan cornflakes dalam cup kertas.
Taburkan chocolate rice kat cornflakes tu.
Masukkan kat dalam oven dalam 5 minit aje.
Dah masak.
Better masuk oven coz cornflakes tu akan bercantum. Kalau tak, susah nak makan.
Cubalah….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cuti semakin berakhir~

Alhamdulillah, menjadi pelajar institut perguruan bukanlah seteruk menjadi pelajar-pelajar IPTA atau IPTS. Tetapi diri ini seringkali mengingatkan diri sendiri bahawa amanah yang akan dilaksanakan apabila bergelar seorang guru amatlah berat. gurulah yang mencorak anak-anak kecil selepas ibu bapa.
Baru kini ku sedar besar tanggungjawab sebagai seorang guru.



Sebenarnye post kali ini Chekgu nak ceritakan cuti Chekgu yang rase terbuang. dek kerana kelalaian dengan internet. tapi itula, internet nie ade pros and consnyer. dalam kesebukan menyiapkan assignment, sempat lagi Chekgu ber'chatting' dengan rakan Chekgu yang berada di University Mu'tah, Jordan. Masyaallah, ilmu syariahnye sangat tinggi. Abeh semue hukum hakam dikupasnye beserta dalil. Masyaallah! terpesona sekejap Chekgu. banyak ilmu yang dipelajari. terase diri ini terlalu kerdil. walaupun abah seorang ustaz kat langkawi nie dan taw segale hukum hakam agame, tetapi kenapalah diri ini x terpilih untuk mengambil semua ilmu-ilmu abah?? Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Adik, abang, kakak semuanye sekolah swasta dan mempelajari matapelajaran agama. Chekgu jea yang tersesat pergi sekolah kerajaan yang hanya mempelajari matapelajaran basic dalam bidang-bidang agama. Seringkali jugak Chekgu diketawakan oleh keluarga Chekgu apabila bahasa arab Chekgu yang tunggang langgang. Kadangkala cemburu di hati apabila abah, adik, abang dan kakak rancak berkomunikasi dalam bahasa arab. Timbul niat dihati untuk bermusafir ke negara arab dan menetap disana bagi memantapkan bahasa arab Chekgu.

"abah,adek,mak,abang,k.teh, tunggu, suatu hari nanti Bahasa Arab akan menjadi bahasa komunikasi T-ah".
janji diri ini dihadapan keluarga.


Tika lepas SPM, Chekgu ditawarkan ke Mediu (Universiti madinah), Chekgu bahgia sangat apabila mendapat tawaran ke sana yang segala yurannya ditanggung kerajaan malaysia. ketika itu, mereka mengalu-alukan kehadiran pelajar malaysia. Selepas berbincang dengan keluarga, abah buat keputusan tidak membenarkan Chekgu ke sana. "kat madinah tu ramai syiah. Abah xnak anak abah balik terpengaruh dengan budaya syiah". Kata-kata abah yang Chekgu ingat sampai sekarang. Chekgu pasrah walaupun hati ini terlalu sedih tapi abah lagi layak membuat keputusan. Abang angkat Chekgu yang berada di Mu'tah pon memberi pandangan yang sedemikian. Mungkin ada hikmah disebaliknya, Rupa-rupanya Allah telah memilih Chekgu untuk menjadi pendidik anak bangsa. Chekgu bersyukur walaupun ketika itu Chekgu berada di Universiti Malaya, u yang paling top di Malaysia.


Berbalik pada kisah cuti Chekgu. Terlebih melalut pulak. Ni la jadinya bila menulis dengan penuh perasaan. hahaha. Alhamdulillah. walaupun dalam sebuk siapkan assignment, Chekgu sempat belajar beberapa perkataaan arab baru dari sahabat Chekgu. Credits to him. baru Chekgu tahu bahasa arab nie ada bahasa arab amiyyah dan fasohah. Contah yang paling Chekgu ingat kuwayyiz = jiddan yang maksudnya adalah bagos/baik. Next post Chekgu cuba senaraikan apa yang Chekgu pelajari dari kawan Chekgu. Dari operkataan yang simple sampai la perkataan yang jiwang-jiwang pon ada. Baik betol kawan Chekgu ni. sanggup mengajar Chekgu yang sememangnya lemah dalam bahasa ini. TImbul bangga di  hati mempunyai sahabat yang sedemikian rupa. Pandai serba serbi. Sejuk perut ibu mengandung!!

Tapi di sebalik kepandaiannya, semuanya bermula daripada seorang C.I.K.G.U

.[profesian yang akan Chekgu ceburi tidak lama lagi]

Setakat ini sajalah coretan Chekgu kali ini. lain kali Chekgu coret lagi. Nak bersiap-siap untuk ke Kelate pulok. Sepupu Chekgu kawen. Doakan perjalanan Chekgu selamat. aaamiiinn!!
Disini Chekgu sertakan movie yang kawan Chekgu bagi kat Chekgu untuk perbaiki Bahasa Arab Chekgu. meh tengok meh. 



p/s: sahabt yang Chekgu maksudkan disini, kakaknya berkhahwin dengan cousin Chekgu kat Kelate nie.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Academic Competition is so LAMe!!


The freaking inaccurate public examination; PMR has just ended and I could see all the people are proud of their school's ranking. Call me stupid, but I won't be bothered by my school's performance. Because I don't believe in how public examination reflects your intelligence.

That's not just it. This kind of competition has ignore other elements that are important in creating a useful workforce. We just compete, and strive for the examination, and then we are proud of how many A's we have. What a stupid kind of proud, when we have a freaking amount of A's but we have lack of soft skills.

We ignore the soft skill competition. Our mom wants us to get all A's. Our teachers want ys to get all A's. The society wants us to get all A's. But no one want us to be a useful Malaysian that can talk, street smart and independent.

ask your heart! what u want u will get that.

p/s: oooppss! i'm forgetting i am teacher wanna be. not my fault rite?? just convey up my opinion. its come  from my friend. if i am the leader of education ministry one day, i will change this system..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Always Be There.....

when the time gets hard,
and there is no where to turn,
as He promised...He will always be there........
to bless us with His love & His mercy,
because as He promised.....He will always be there........
He is always watching us, guiding us,
and He knows what is in our little hearts,
so when you lose your way,
to ALLAH you should turn,
as He promised...He will ALWAYS be there.............

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya." (Abu Sa'id al-Khudri & Abu Hurairah r.a)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kasih Sayang dan Rumput..

Kali nie chekgu nak bercerita tentang satu bende. walaupun cerita ini sudah agak lapu, tapi biarlah ia menjadi ingatan dan sebagai pengajaran buat kite:))




Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar lelaki bernama Akmal bertanya pada seorang cikgu yang sedang mengajar. Ketika itu, cikgiu tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog antara Akmal dan Chekgu tersebut berbunyi begini :

Akmal : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita  sayang?                Macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu  : Oh, kamu nak tahu ke?. Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. OK…
             mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Akmal : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu  : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas 
            rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa 
            menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang 
            berada di depan kamu dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Akmal : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu  : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Akmal : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya 
             carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling 
             cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke 
             belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin 
              ada di antara yang dibelakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke 
              belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, 
            janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada 
            di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah 
            berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang 
            kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun 
            banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah 
            kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang
           cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh 
           diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
           Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan 
       tulus dan ikhlas.

Moral :
  • Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang anda terima pada hari ini, kerana jika anda meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
  • Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihNya,maka kamulah serugi-rugi manusia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Logiknya Solat Mengikut Perspektif Sains!!


                  Seorang professor fizik di  Amerika Syarikat telah  membuat  satu  kajian tentang  kelebihan  solat  berjemaah  yang disyariatkan dalam Islam.  Katanya tubuh badan  kita mengandungi dua cas elektrik  iatu  cas positif  dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.  Dalam proses  pembakaran  tenaga,  banyak berlaku  pertukaran  cas  positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan  cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih  dan lesu  setelah  menjalankan  aktiviti seharian.Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
                      
                     Berkaitan dengan solat berjemaah,   timbul persoalan   di minda professor ini   mengapa   Islam  mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu  yang  didirikan  orang  Islam  mempunyai  bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak  menyeimbangkan cas-cas dalam badan  kita.   Semasa  kita solat  berjemaah,  kita  disuruh  meluruskan  saf, bahu  bertemu   bahu  dan  bersentuhan tapak  kaki.   Tindakan-tindakan  yang  dianjurkan  semasa  solat  berjemaah   itu   mempunyai  berbagai  kelebihan.
                       Kajian  sains  mendapati   sentuhan  yang  berlaku  antara  tubuh kita  dengan   tubuh  ahli  jemaah  lain yang  berada di kiri dan  kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. 
 Ia berlaku  apabila cas  yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan  ditarik  ke dalam kita.Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
                       

                        Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.  Ketika ini  tubuh  kita mengandungi  cas-cas  positif  dan negatif  yang  hampir  seimbang.   Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit  lagi proses  pertukaran  cas agar  keseimbangan penuh  dapat dicapai.   Sebab itu,  solat Subuh didirikan 2 rakaat.
     

                        Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali  tidak stabil  akibat kehilangan cas lebih  banyak  daripada  tubuh.  Oleh itu,  kita  memerlukan  lebih  banyak  pertukaran cas.  Solat  jemaah yang disyariatkan  Islam  berperanan  untuk  memulihkan   keseimbangan  cas-cas  berkenaan.   Sebab itu,   solat  Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
                      

                    Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.  Banyak tenaga  dikeluarkan  ketika  menyambung  kembali tugas.Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.  Seperti mana  solat Zohor,  4 rakaat  solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
                       
                 
                       Lazimnya,  selepas  waktu  Asar  dan  pulang  dari   kerja   kita  tidak  lagi  melakukan  aktiviti-aktiviti yang  banyak  menggunakan  tenaga.  Masa  yang  diperuntukkan pula tidak begitu lama.  Maka,  solat  Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.


                       Timbul  persoalan  di fikiran  professor  itu tentang  solat  Isyak  yang mengandungi  4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam  kita  tidak   banyak   melakukan  aktiviti dan  sudah   tentu  tidak  memerlukan  proses  pertukaran cas yang banyak.
                       

                        Setelah kajian lanjut,  didapati  terdapat  keistimewaan  mengapa Allah  mensyariatkan  4  rakat  dalam  solat Isyak. Kita  sedia  maklum,  umat  Islam  amat  digalakkan untuk  tidur  awal agar  mampu  bangun  menunaikan  tahajjud di sepertiga malam.  Ringkasnya,  solat   Isyak  sebanyak  4 rakaat itu  akan  menstabilkan  cas  dalam  badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
                       

                        Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama  yang lengkapdan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai  hikmah ynag tersirat untuk  kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan  betapa  kerdilnya  diri dan betapa  hebatnya  Pencipta alam ini.  Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
                      
sekian, untuk renungan kita bersama...

p/s: meh ramai-ramai kite solat berjemaah sambil imarahkan masjid :))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

siapakah kita?? siapa... yaa..??

Siapakah orang yang sombong?
               Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan
               kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa  yang ada di
               bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.



               Siapakah orang yang telah mati hatinya?
               Orang yang telah mati hatinya  adalah  orang  yang diberi  petunjuk  melalui  ayat-ayat Qur'an,  Hadith dan
               cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

               Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
              Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa
              Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

               Siapakah orang yang kuat?
               Orang  yang  kuat  adalah  orang  yang  dapat  menahan  kemarahannya  ketika  ia  di  dalam  kemarahan.
               Siapakah orang yang lemah? Orang yang  lemah adalah   orang  yang  melihat akan kemaksiatan di depan
               matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

                Siapakah orang yang bakhil?
                Orang  yang  bakhil  lagi  kedekut  adalah  orang  yang  berat  lidahnya  untuk  membaca selawat  keatas
                 junjungan Rasulullah s. a. w.

                Siapakah orang yang buta?
                Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca  dan  meneliti  akan  kebesaran  Al Qur'an dan
                 tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

                Siapakah orang yang tuli?
                 Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

                Siapakah orang yang sibuk?
                Orang  yang  sibuk  adalah  orang  yang  tidak  mengambil  berat  akan  waktu  solatnya  seolah-olah  ia
                mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


                Siapakah orang yang manis senyumanya?
               Orang  yang  mempunyai  senyuman  yang manis  adalah   orang  yang  di timpa  musibah  lalu  dia  kata
               "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi  Aku  redha  dengan  ketentuanMu ini",
               sambil mengukir senyuman.

                Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
                Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang  bersendiri lalu  mengingat  akan
                kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

                Siapakah orang yang kaya?
                Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak  loba  akan  kenikmatan
                dunia yang sementara ini.

                Siapakah orang yang miskin?
                Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat  yang  ada  sentiasa  menumpuk-numpukkan
                harta.

                Siapakah orang yang pandai?
                Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap  untuk  hari  kematiannya  kerana  dunia  ini  berusia
                 pendek sedang akhirat kekal abadi

                Siapakah orang yang bodoh?
                Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha  sekuat  tenaga  untuk  dunianya  sedangkan
                akhiratnya diabaikan.

                Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
                Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang  senantiasa mempertingkat  ilmu  agamanya.

                Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
                Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang  tidak memperdulikan akan halal dan haramnya
                akan sesuatu perkara itu.

                Siapakah orang yang gila itu?
                Orang  yang  gila  itu  adalah  orang   yang  tidak   sembahyang  kerana  hanya  dua  syarat   saja  yang
                memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama  sekiranya  ia  haid  dan  kedua
                ketika ia tidak siuman akalnya.

                Siapakah orang yang rugi?
                Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan
                ibadat dan amal-amal kebaikkan.

                Siapakah orang yang selalu ditipu?
                Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada
                orang tua.

                Siapakah orang yang paling cantik?
                Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

                Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
                Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa  amal amal  kebaikan
                di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

                Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
                Orang  yang  mempunyai  rumah  yang  sempit   adalah  orang  yang  mati  tidak  membawa  amal-amal
                kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

                Siapakah orang yang mempunyai akal?
                Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan
                akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Green Polka Dotted Pencil