![]() | ||
credits |
Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh
sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara
menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011
lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja
matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak
seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam
sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka
dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila
bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap,
dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu
sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama
sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang
berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah
timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa
gerhana itu.
Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.
(Jika video tidak muncul, sila klik terus ke link youtube ini)
Gambarajah 1 di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam
bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s
GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)
Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada beberapa bahagian:
i. Penumbra –
kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap
dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata
kasar.
ii.Umbra –
kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang
paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari.
Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi
kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.
Gambarajah 1 |
Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir.
Gambarajah 2 |
Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014
untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda
hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa
gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur).
Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.
sumber : http://www.falak-online.net
p/s : lihat shja tiada gunanya. Marilah sama - sama bersolat sunat gerhana :)
Menunggu saat-saatnya;
0 26 menulis:
Post a Comment