Wish List

Salam alaik,

Dah lama rasanya tak update blog ni. Bukan setakat update, jenguk pon x sempat. so, bila dah cuti-cuti mcm nie, ada la masa juga nk jenguk2 kan. Rasanya lepas nie, blog nie nk dijadikan sebagai tempat perkongsian ilmu dan nota-nota untuk semua pelajar yang ambik jurusan Matematik di IPGM. Rasa-rasanya ok tak yea?. I think more better kot. Daripada letak post yang xberilmiah, biarlah apa yang dipelajari di Institut Perguruan dijadikan satu perkongsian buat semua kan.

Hari ni, xde nak cite apa-apa pun. Just nk wat wishlists yang selama nie tak tercapai dan harapnya suatu hari nanti bolehla tersenyum bangga kerana telah tercapai apa yang dihajatkan dalam hidup.

1. Hafal Quran 30 Juzuk
This is the main things yang memang dari sekolah rendah teringin nak buat. n alhamdulillah, untill now, hajat tu masih ada lagi walaupun belum tercapai sepenuhnya. Dulu, lepas UPSR, Chekgu sibuk bukak Harakah (abah aku suka baca) cari sekolah tahfiz yang terima pelajar perempuan. Semuanya Chekgu gunting n simpan untuk tunjuk kat abah n mak. Tapi, bila sampai surat tawaran ke sekolah berasrama penuh, semua suruh ke sana. Memandangkan kami orang susah, kewangan tak berapa stabil masa tu, Chekgu memilih untuk ke sana. Waktu sekolah rendah, pernah jadi wakil sekolah dalam hafazan. So, sebelum tutup mata meninggalkan bumi fana ni, nak sangat hafal 30 Juzuk. Aamiin.

2. Mengerjakan haji dan umrah di Mekah
Sape yang tak nak mengerjakan haji dan umrah kan? ni kan rukun Islam. Kalaula boleh ke bumi anbiya dalam usia muda, Ya Allah, bahagianya rasa.

3. Belajar di Negara Eropah 
Yang ni sebenarnya wishlist time lepas SPM dulu. Tapi sampai sekarang masih lagi berhajat dan berharap dapat belajar di sana. Boleh rasa suasana berada dalam pembelajaran di sana. kalau boleh, nak sambung master di sana. Agak terkilan juga la bila tolak tawaran ke sana suatu masa dulu. tapi apakan daya, kita hanya merancang, Allah yang tentukan segalanya. Harap sangat my little brother boleh sambung future study kat sana. Kalau diri sendiri x boleh g, adik dapat sambung belajar di sana pun kira oke la kan.

4. Kereta
Semua tahu kan, zaman sekarang kereta ni bukan kehendak dah. Tapi dah dikira sebagai keperluan. Sekarang mungkin kereta tak perlu lagi untuk Chekgu, sebab belajar di menetap di kolej kediaman, tapi i'm really sure, time praktikum memang sangat memerlukannya. That's why tengah kumpul duit untuk dapatkan sebuah kereta untuk kegunaan time praktikum nanti. hee:)

5. PHD
Kalau diizinkan, hati ni membuak-membuak nk stadi tanpa kerja sampai PHD. Tapi dah terikat dengan kementerian, kenalah bekerja dulu. Tapi tak jadi masalah, boleh tambah pengalaman dan pengetahuan sepanjang jadi seorang guru nanti. Kalau dapat result best, bolehlah merasa sambung master guna scholarship KPM. Yeah, i'll strive for it. Doakan yea.

Tahun 2011 pun dah nak berakhir, tinggal hanya beberapa hari jea lagi. Hopefully, tahun depan akan jadi insan yang lebih baik dan berguna dan dapat mempertingkat ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa. Menjadi seorang guru dan belajar di Institut Pendidikan Guru merupakan satu cabaran yang sangat besar jika tiada minat dan kesungguhan. Yes. I admit, suatu masa dahulu, kerjaya sebagai seorang guru bukanlah pilihan, dan tidak terdetik sedikitpun di hati untuk bergelar seorang guru. Untill now, saya masih berusaha untuk menjadikan bidang perguruan dan pendidikan sebagai tempat yang tertinggi dalam diri ini. Semoga tahun 2012 yang akan menyusul bakal merubah segala perlakuan dan sakhsiah yang kurang baik dalam diri ini.


 "Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari hari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini sama dengan hari semalam, maka dia dari kalangan yang rugi.Barangsiapa yang hari ini lebih teruk harinya dari hari semalam, maka dia dari kalangan orang yang celaka"
-Mafhum Hadith Rasulullah-






Diari seorang insan,


 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 26 menulis:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Green Polka Dotted Pencil