Wish List

Salam alaik,

Dah lama rasanya tak update blog ni. Bukan setakat update, jenguk pon x sempat. so, bila dah cuti-cuti mcm nie, ada la masa juga nk jenguk2 kan. Rasanya lepas nie, blog nie nk dijadikan sebagai tempat perkongsian ilmu dan nota-nota untuk semua pelajar yang ambik jurusan Matematik di IPGM. Rasa-rasanya ok tak yea?. I think more better kot. Daripada letak post yang xberilmiah, biarlah apa yang dipelajari di Institut Perguruan dijadikan satu perkongsian buat semua kan.

Hari ni, xde nak cite apa-apa pun. Just nk wat wishlists yang selama nie tak tercapai dan harapnya suatu hari nanti bolehla tersenyum bangga kerana telah tercapai apa yang dihajatkan dalam hidup.

1. Hafal Quran 30 Juzuk
This is the main things yang memang dari sekolah rendah teringin nak buat. n alhamdulillah, untill now, hajat tu masih ada lagi walaupun belum tercapai sepenuhnya. Dulu, lepas UPSR, Chekgu sibuk bukak Harakah (abah aku suka baca) cari sekolah tahfiz yang terima pelajar perempuan. Semuanya Chekgu gunting n simpan untuk tunjuk kat abah n mak. Tapi, bila sampai surat tawaran ke sekolah berasrama penuh, semua suruh ke sana. Memandangkan kami orang susah, kewangan tak berapa stabil masa tu, Chekgu memilih untuk ke sana. Waktu sekolah rendah, pernah jadi wakil sekolah dalam hafazan. So, sebelum tutup mata meninggalkan bumi fana ni, nak sangat hafal 30 Juzuk. Aamiin.

2. Mengerjakan haji dan umrah di Mekah
Sape yang tak nak mengerjakan haji dan umrah kan? ni kan rukun Islam. Kalaula boleh ke bumi anbiya dalam usia muda, Ya Allah, bahagianya rasa.

3. Belajar di Negara Eropah 
Yang ni sebenarnya wishlist time lepas SPM dulu. Tapi sampai sekarang masih lagi berhajat dan berharap dapat belajar di sana. Boleh rasa suasana berada dalam pembelajaran di sana. kalau boleh, nak sambung master di sana. Agak terkilan juga la bila tolak tawaran ke sana suatu masa dulu. tapi apakan daya, kita hanya merancang, Allah yang tentukan segalanya. Harap sangat my little brother boleh sambung future study kat sana. Kalau diri sendiri x boleh g, adik dapat sambung belajar di sana pun kira oke la kan.

4. Kereta
Semua tahu kan, zaman sekarang kereta ni bukan kehendak dah. Tapi dah dikira sebagai keperluan. Sekarang mungkin kereta tak perlu lagi untuk Chekgu, sebab belajar di menetap di kolej kediaman, tapi i'm really sure, time praktikum memang sangat memerlukannya. That's why tengah kumpul duit untuk dapatkan sebuah kereta untuk kegunaan time praktikum nanti. hee:)

5. PHD
Kalau diizinkan, hati ni membuak-membuak nk stadi tanpa kerja sampai PHD. Tapi dah terikat dengan kementerian, kenalah bekerja dulu. Tapi tak jadi masalah, boleh tambah pengalaman dan pengetahuan sepanjang jadi seorang guru nanti. Kalau dapat result best, bolehlah merasa sambung master guna scholarship KPM. Yeah, i'll strive for it. Doakan yea.

Tahun 2011 pun dah nak berakhir, tinggal hanya beberapa hari jea lagi. Hopefully, tahun depan akan jadi insan yang lebih baik dan berguna dan dapat mempertingkat ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa. Menjadi seorang guru dan belajar di Institut Pendidikan Guru merupakan satu cabaran yang sangat besar jika tiada minat dan kesungguhan. Yes. I admit, suatu masa dahulu, kerjaya sebagai seorang guru bukanlah pilihan, dan tidak terdetik sedikitpun di hati untuk bergelar seorang guru. Untill now, saya masih berusaha untuk menjadikan bidang perguruan dan pendidikan sebagai tempat yang tertinggi dalam diri ini. Semoga tahun 2012 yang akan menyusul bakal merubah segala perlakuan dan sakhsiah yang kurang baik dalam diri ini.


 "Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari hari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini sama dengan hari semalam, maka dia dari kalangan yang rugi.Barangsiapa yang hari ini lebih teruk harinya dari hari semalam, maka dia dari kalangan orang yang celaka"
-Mafhum Hadith Rasulullah-






Diari seorang insan,


 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FORMULA NAK KHATAM ALQURAN

credits; Enche Spoon
Urutan Juz Dalam Al Quran
Juz Surah

1 Al Faatihah 1
2 Al Baqarah 142
3 Al Baqarah 253
4 Ali ‘Imran 92
5 An Nisaa’ 24
6 An Nisaa’ 148
7 Al Maa-idah 83
8 Al An’aam 11
9 Al A’raaf 88
10 Al Anfaal 41
11 At Taubah 94
12 Huud 6
13 Yusuf 53
14 Al Hijr 2
15 Al Israa’ 1
16 Al Kahfi 75
17 Al Anbiyaa’ 1
18 Al Mu’minuun 1
19 Al Furqaan 21
20 An Naml 60
21 Al ‘Ankabuut 45
22 Al Ahzab 31
23 Yaasiin 22
24 Az Zumar 32
25 Fushshilat 47
26 Al Ahqaaf 1
27 Adz Dzaariyaat 31
28 Al Mujaadilah 1
29 Al Mulk 1
30 An Naba’ 1





BULAN RAMADHAN = 30 HARI
AL-QURAN = 30 JUZ
1 JUZ = 10 HELAI
1 HELAI = 2 MUKASURAT
SOLAT FARDHU = 5 KALI SEHARI

SEHARI = ( 5 X 4 MUKA SURAT) = 20 MUKA( 1 JUZ)
SEBULAN = (20 MUKA SURAT X 30 HARI) = 600 (30 JUZ)


Bacalah selepas selesai solat fardu dan sunat.Insyaallah kita dapat mengkhatamnya jika kita istiqamah dalam membacanya.

Rumus Al-Bana (Mencari Halaman Juz Al-Qur’an Utsmani cetakan versi Timur Tengah)

H = [(n-1) x 20] + 2, n {bilangan Juz yang sedang dicari (1-30)}


Misalnya, Kita akan membuka Juz ke-26!
Caranya : Gantikan “n” dengan bilangan 26 yang merupakan bilangan juz yang sedang kita cari.
H = [(n-1) x 20] + 2

H = [(26-1) x 20] + 2
H = [(25) x 20] + 2
H = [500] + 2
H = 502


Jadi Juz ke-26 dimulai dari halaman 502. Silakan sahabat buka halaman 502, dan sahabat akan membuktikan ‘keajaiban’ rumus ini. Sahabat pun boleh membuktikan untuk membuka atau mencari halaman juz yang lain.

Rasulullah Saw, “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.


Wallahu a'lam bish-showab.


saya meminta maaf jika terdapat kesilapan dan kita sama2 membetulkannya.semoga kita sama2 dapat beramal dan menyampaikannya.AMIN.


selamat berpuasa

 SUMBER: Al quran Rasm Uthmani
http://catri.blogsome.com/2008/05/06/rumus-halaman-juz-al-quran/




1 hari berpuasa tanpa keluarga;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MARHABAN YA RAMADHAN


Esok, 1 Ogos 2011, bersamaan dengan 1 Ramadhan. Jom ramai – ramai g masjid berhampiran solat terawikh dan bertadarus. Rebutlah kemuliaan bulan Ramadhan ini. Dalam bergembira menyambut bulan mulia ini, jangan sesekali kita lupa adab- adab dalam bulan Ramadhan terutama adab berpuasa dan menunaikan solat terawikh.


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat cerdik sungguh.. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan hodohyang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya
tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei) 





Niat berpuasa & berbuka puasa




niat berpuasa untuk sebulan
niat berpuasa setiap hari
doa berbuka puasa



halwa telinga 'Haddad Alwi-Marhaban Ya Ramadhan'



salam Ramadhan Karim;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Green Polka Dotted Pencil