Showing posts with label IPG's Life. Show all posts
Showing posts with label IPG's Life. Show all posts

Filem Taare Zameen Par(Like Star on Earth)

 
 
Guru-guru sekalian, jom tonton filem yang penuh pengajaran ini.
 
 



Pena Bakal Guru;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mahasiswa IPTA vs Guru Pelatih IPGM


Gerakan Mahasiswa kini nampaknya semakin berbisa. Mereka sudah sampai ke tahap menjadi de facto dalam dasar- dasar negara. Sememangnya inilah peranan mahasiswa. Mereka lantang bersuara mebidasa dan menjadi check and balance pada kerajaan dalam segenap isu. Mereka membuktikan kekuatan mereka dengan ilmu yang mereka miliki demi memastikan masa hadapan terus cerah dan tidak terancam di tanah air sendiri.

Sirna baharu mereka ini dilihat sebagai sesuatu yang positif oleh masyarakat. Mahasiswa tidak lagi lesu sebagai pembela masyarakat. Kalau dahulu ya masyarakat kita buta huruf, buta teknologi tak tahu apa- apapun tentang erti kemajuan. Maka tanah terjual, kampung tergadai. Tatkala itu terjadi hanya dua tiga orang sahaja anak kampung menjadi mahasiswa maka mereka bersuara. Kini kian ramai anak kampung bergelar mahasiswa. Malahan mereka juga punya bekalan fikrah dan kerohanian yang tinggi.

Jauh nun di ibu kota, di Universiti Malaya mahupun di Universiti Kebangsaan Malaysia, mahasiswa kita berdepan dengan satu ranjau penuh berani. Memperjuangkan hak mereka, hak masyarakat, hak agama dan generasi masa hadapan. Mereka membantah isu PPSMI, berani membuat keputusan yang drastik yang kerajaan anggap benar, tapi hakikatnya memakan bangsa. Mereka juga sudah terkehadapan dengan penyerahan memorandum dan membawa suara masyarakat jauh lebih penting dari peranan ahli parlimen.

Kerajaan pula janganlah hanya memainkan retorik sahaja menyatakan bahawa mahasiswa adalah modal penting negara. Peranan mereka ditagih untuk membangunkan negara mancapai tahap dan status negara maju. Dengarlah dan ambil perhatian pada suara mahasiswa ini. Dalam segenap hal, mahasiswa lebih memahami dan arif berbanding ahli parlimen. Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara yang bakal berlangsung Julai ini adalah hasil inisiatif Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) harus menjadi perhatian dan medan kerajaan mengkaji keberkesanan sistem pendidikan nasional ketika ini.

Mahasiswa IPTA sudah jauh ke hadapan. Kemalapan pula menghantui mahasiswa bergelar guru pelatih di 28 buah IPGM seluruh negara. Mahasiswa IPGM dikatakan tidak bersuara. Persoalannya, adakah kami tidak bersuara atau kami dikunci mulut? Inilah yang harus diketahui pihak di luar sana sebelum menyatakan apa- apa berkenaan kemalapan mahasiswa IPGM. Mahasiswa IPGM inilah yang akan berada di barisan hadapan kelak mendidik anak bangsa kita menjadi insan berguna dan terpelajar. Tetapi kami juga yang dirundung kemalapan kini.

Guru pelatih kini dalam situasi terkongkong. Terus ditekan dan tiada punya kebebasan segah mahasiswa IPTA. Mahasiswa IPTA hebah dengan mengusung keranda Akta 152, membanjiri jalanan mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI tetapi guru pelatih hanya diam membisu? Kenapa? Bukankah mahasiswa IPGM ini adalah guru. Mereka sepatutnya mempertahankan bahasa kebangsaan.

Keruntuhan akhlak dan hedonisme yang kian merebak dalam kalangan belia negara juga menjadi perhatian mahasiswa IPTA. Tetapi kenapa guru pelatih masih berdiam diri? Tiada sebarang kenyataan atau bantahan sehebat mahasiswa IPTA. Mahasiswa IPTA sanggup ke parlimen menyerahkan memorandum, pergi ke Kompleks Perdana di Putrajaya menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri. Apa bezanya Universiti Malaya dan IPGM Kampus Bahasa Melayu juga Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa yang hanya bersebelahan?

Sedarilah bahawa kita adalah barisan paling hadapan. Kita yang mengerakkan dan berada dalam dasar ini kelak. Andai PPSMI terus gagal, kita adalah yang mengagalkannya. Andai bahasa kebangsaan dianak tirikan di negara sendiri, kita lah yang gagal membangkitkan dan menjadikannya sebagai bahasa citra bangsa kita. 

Bersyukurlah wahai pewaris generasi guru sekalian. PPSMI bukan isu lagi. Tapi bukan atas usaha dan daya anda sebagai guru pelatih dan dan guru. Tetapi atas usaha daya mahasiswa IPTA di luar sana. Sampai bilakah pewaris generasi guru ini akan malap? Tidak bangun dan bangkit segah mahasiswa di luar sana. Sampai bila-bila kah? atau sampai rosaknya bangsa dan agama? Fikir dan renung-renungkan. Andalah bakal penentu generasi akan datang. Jika bukan anda yang bangkit, siapa lagi? Jangan hanya menjadi pemerhati tanpa tindakan. Bangunlah wahai guru pelatih sekalian!



Guru pelatih;


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HURT..


not felt , but feel 
feel what , sad lah ! 






dear friend, even though we are good friends, what's wrong if we just take care of each other?
care on people's feelings? maybe I'll even do the same to you then I'm sorry.. k


p/s : behave better is better than hurting  ;'( 



searching for a true friend is not easy as u eat KFC.
Please! please! please!
i'm really need a TRUELY friend.
come to me bebeh;
i'm waiting for u ...
waiting...
waiting.........
waiting..............
and always wait for u.




soal hati tiada siapa yang tahu;


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.......

Assalamualaikum..
banyak sgt benda nak diceritakan kat blog ni.
tp..
malasnya nak menaip.

i want to story about:
1) my suprise to my classmate
2)their suprise to me on my 20th years old. sumpah dah tua
3) our vacation at Tioman
4) my homestay at Putrajaya (Karl's house) ^___^
5) my flight attendant named 'Anjasmoro' with her helper ; 'powerpuff gurl'. gelak sampai mati
6) my father's new car
7) my family's planning on hols
8) tazkirah2 yang nak dikongsi..

nantikan next post ya;
cuti yang amat2 bermakna..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BEFORE FREEDOM, SUFFERING FIRST~

last paper today. 
hope can do well. 
about 45 minutes to seat for that paper.

Ya Allah, 
Permudahkan urusan hambamu ini.

subjek membaca lagi.
Mathematics pun kena membaca.
'Membaca kan jambatan Ilmu'

xperlu bawa kalkulator for this subject ok.
xphm nape.
Matematik kna menulis esei ayat yang panjang2.

astagfirullahalazim...
x baik mengeluh..

pray for me.
the last paper.
dying suffering before free freedom.


i can do well, insyaAllah;


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

58xx91 vs 265070

1746535536774849o3o03939776367289872737468187717337899
773838273649891873167276738832999010983877687178637879
998388383776617366634457788199030001883776123577789991
6778378989991009093098187373791818848990909018938778907
4778482789199894748773649392319037899010990239087376765
98765432123456789012345678901236754891029877771333890187
876491018337746728838910083877928391919183892398723934848
09833478346376487281376473468162862384682681891212864841
023884837477484728237874874893247238982347474742723747437


OKE.
PAPER KNOWING NUMBERS TODAY!

PRAY FOR ME~









credits; roomate, Karl.she annoying.



pirates of carribean;


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CIRI PERSONALITI CARL JUNG


Things that i hate! something happend to me u know..

when??

where??

who??

how??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

urm. xpayah nak semangat sangat k.
i just dreaming and so sleepy when seating for PKK exam. 
felt so tired.
maybe coz of not getting enough sleep for last night.
urmm..

" hey what happened to u?, r u got fever? u had a reddish eyes?"
asked someone..

heeee:)
smiling is the best answer..

....................................................................................................................................................................


sape kenal ini orang?? angkat tangan!!
mesti xde yang kenal kan?
let me introduce him.

He is CARL GUSTAV JUNG. Born at Kesswil, Switzerland. Beliau nie anak seorang paderi. Keturunan orang pandai-pandai. kiranya family dia orang berpendidikan ler. mesti korang pelik kan? tetibe je Chekgu nak bercerita tentang mamt Inggeris ni. dah la x hemsem. muka berkedut-kedut. hahaha. maap!
Dia nie hebat tau! sebab beliau merupakan graduan perubatan tue. haaa.
dont judge the books by its cover taw!
muka x penting. xhensem xpe. yang penting ilmu penuh didada.

Kemudian, beliau memulakan kariernya sebagai seorang doktor pakar sakit jiwa. Beliau mengkaji pelbagai budaya manusia seperti budaya hidup orang di Amerika Syarikat, Afrika dan India. banyak tempat dia pergi kan. semata-mata nak mencari ilmu. see, omputih pun ikut saranan Nabi Muhammad taw! Salute~

kita? bila lagi??

Sabda Rasulullah; "Tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China".

oke. sambung balik. Carlo Jung nie, menggunakan pengalamnnya untuk mencipta teorinya sendiri? teori ape? 

TEORI PERSONALITI!

selepas terciptanya teori ini, beliau terus mendapat gelaran professor daripada University of Basel.


sebenarnya, tym exam pkk tadi ada soalan pasal teori personaliti Carl Jung. soalan struktur pulak tue. sabar jela kan. nasib baik ingat. tapi x tahu nak explain. soalnnya camni ..

Huraikan 3 jenis personaliti menurut Carl Jung

i) ........................................................................
    ........................................................................
ii) ........................................................................
     ........................................................................ 
iii) ........................................................................
     ........................................................................

( 6 Markah)           



hehehe:)
amacam? rasa-rasa boleh dapat full marks tak?
paling koman pun 3 marks, x pun 2 marks..

femes tak orang nie? femes kan? sampai masuk exam teori die. 6 markah lak tue. 
uiiii. rugi sape tak taw ini orang~ :)
saje jea nak bagi HOT kan..

TEORI PERSONALITI CARL JUNG a.k.a jawapan soalan td..

Menurut Carl Jung (1923), terdapat 3 jenis personaliti iaitu:

i) EKSTROVET

 Individu yang bersifat ekstrovet lebih kepada dunia luaran berbanding dengan dunia dalamnnya. Personaliti jenis ini lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan orang lain. Menurut Slater (1962) kebebasan merupakan satu ciri ekstrovet. Mereka peramah, tidak mudah risau, tidak mudah malu, berminat dengan sukan, mudah menyesuaikan diri, sangat aktif, suka bersosial, mesra, gemarkan aktiviti luar, dan responsif terhadap persekitaran. Mereka suka bergembira, suka kepada perubahan dan bertindak mengikut impuls. mereka tidak suka belajar atau bekerja secara berseorangan. Biasanya individu ekstrovet cepat marah tetapi tidak menyimpan kemarahan itu lama.

ii) INTROVET

Perkembangan introvert lebih menumpukan aspek dalaman. Introvet bermakna mengambil berat tentang diri sendiri.Introvet mempunyai ciri individu yang mempamerkan ciri yang pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, cermat, reflektif, dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerja, boleh dipercayai dan bersedia menanggung risiko. individu Introvet tidak  udah marah tetapi sekali marah, habisla korang. perasaan marah itu akan berpanjangan sehingga boleh menyebabkan dendam. Mereka juga berupaya       meneliti dan menganalisa perasaan sendiri dan tidak banyak mempunyai rangsangan luar. Mereka tidak bercita-cita tinggi dan tidak meminati kebendaan. Mereka suka merancang perkara-perkara yang akan datang, dan suka kepada kehidupan yang teratur.

who are you??




OR

iii) AMBIVET

Individu ambivet mempunyai ciri-ciri daripada kedua-dua jenis personaliti iaitu ekstrovet dan introvet. mereka merupakan gabungan kedua-dua jenis perkembangan personaliti iaitu ekstrovet dan introvet. Kemungkinan sifat yang dipunyai oleh individu ambivet ialah aktif, sensitif, optimis dan gemar berseorangan.


apa yang Chekgu harap harini?
" hope u learnt something today"
thats all.
fullstop.


nak jadi cam Carl Junglah;


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAAT 2.18 a.m


oke! esok exam PKK. teett..
tapi saat ini masih blom tdo lg.
masih menghapal fakta pasal bdak2..
adoii..
tue la. study last minute lgi kan?
bile nak brubah nie?


Chatting wit my bro.
ape ayat die?
'hang nie T-ah, mlm2 buta bru nak study,
agak-agak ngantok pi amek ayaiq semayang solat hajat 2 rakaat.
bru berkat ckit blajaq'

terharu T.T
kna marah ngan abang..
tapi still support tue x thn..
MACEH abg!
sayang jgak kat adeq kaw yang sorg neh ^.^

esok pukul 8.30 start exam..
hope x ngantuk..
tue jea..

n the most important,
i need to remember all the fact.
pray for tomorrow~

Aaamiin.

jgn study last minutes k;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SATU DAH LEPAS... ^.^


19/05/2011 (2.30-5.00 PTG)  nie waktu membuta + MARIMAR!
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

urmm.. Falsafah dah lepas.. ada lagi 3 menunggu. hopefully dalam masa 3 hari ni, boleh la cover all the topics for each of that subject. hopefully. Insyaallah! Allah with me. believe in Him. I can do it~

Talking about Falsafah & Pendidikan di Malaysia..

ini adalah subjek yang Chekgu tak suka..
tapi walau macammanapun kena lah sukekan diri dan terpaksa mencintai subjek ini. The thing is I really love the lecturer yang mengajar subjek ini. Chekgu rasa pensyarah Chekgu yang satu ini sangat cool, berpengalaman, suka senyum, supportive and sangat sangat sangat optimis. so, bila Chekgu x suka subjek ni, Chekgu rasa sangat bersalah. 
pensyarah subjek EDU 3101 Chekgu
Puan pensyarah Chekgu ni namanya Puan Nor'Azah binti Ahmad Safran. She is cute. Orangnya comel, manis, kecik molek seindah nama dan akhlaknya. Sepanjang beljar dengannya satu semester ni, Chekgu tak pernah tengok beliau bermasam muka atau tinggi suara dengan pelajar-pelajarnya. mungkin  disebab itulah beliau terpilih untuk mengajar subjek ini.

ok! ni pasal subjek Falsafah pula ya. Subjek ini adalah subjek yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan yang ada di malaysia ini. Chekgu bersyukur sangat pernah belajar subjek ini sebab Chekgu rasa  waktu sessi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, terlalu banyak isu semasa yang Chekgu dapat mengenai pendidikan dan sistem pendidikan itu sendiri. Itu yang Chekgu suka waktu sessi P&P dalam kelas.

Yang Chekgu x sukanya adalah bab-bab nak mengingat dan menghafal tarikh-tarikh, perkara-perkara penting dalam buku Falsafah dan juga semua peristiwa dan fakta-fakta yang Chekgu rasa OMG!. sabar jela kan. uhu. apa nak buek. Itulah yang dinamakan kehidupan. hee. Tapi Chekgu sangat salute la kat kawan Chekgu yang ambik bidang matematik berkecimpung dengan dunia angka tapi sangat meminati subjek ini. Memamg marvelous la korang! TERBAIK~ 

Pengajaran pulak ea. Hari-hari Jumaat macam nie, kita kena banyak berfikiran positif dan muhasabah diri. hee:). Selepas mempelajari subjek ni selama satu semester, Chekgu rasa sayang pulak nak tinggalkan subjek ni. Lepas nie dah tak de dah subjek nie dan dah tak dapat dah lecturer sebaik Pn. Nor'Azah. huhu. Biasalah. nak jadi Chekgu kan, kena lah tahu sedikit sebanyak tentang perkembangan semasa bidang kita. Nanti orang tanya apa nak jawab?? Lu pikir la sendiri.. Nanti mesti rindu saat bergaduh dalam kelas tentang aktivit debat mempertahankan guru itu agen perubahan atau pengekal tradisi? rasa-rasanya camne? cecite2. 

uish.. I'm gonna mish u bebeh. Oh falsafah & Pendidikan di Malaysia. 
~saat study falsafah~


Apa yang penting, Chekgu amat berharap apa yang chekgu belajar ini bukan semata-mata untuk peperiksaan. Tapi..
"biarlah ilmu dan pengetahuan yang ada tersemat di dada sebagai penambah perasa pengetahuan yang sedia ada."

 Aaamiiin. Semoga Allah memberkati pembelajaran dan ilmu yang cikgu dapat sepanjang semester ini. buat Pn Azah, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki; aamin ya rabbal a'lamin.

hurm.. dah penat bercoloteh. panjang pulak. hee:). apa yang penting?? kerjasama! harap semua boleh doakan Chekgu untuk lagi 3 masalah yang akan Chekgu hadapi next week~ jangan lupa tau! Doakan taw!

23/05/2011 ( 8.30 - 11.00 PG) pagi tue okeh! i loike~
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

24/05/2011 (2.30 - 5.00 PTG ) oke! nie subject feveret ^.^
MTE 3101 MENGENAL NOMBOR

25/05/2011 ( 2.30 - 5.00 PTG)  agak-agak tetido tak tym jwb??..
MTE 3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK


Atirah;
you can get the best result this sem!!








YANG AKAN MENJADI GURU CEMERLANG;


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

EXAM MODE~

Namaste semua :)


maaf sebab dah lama kot tak update blog nie. 
ramai plak kengkawan kat chat yang suruh update blog. 
sabo jela kan.

anyway, Chekgu nak exam esok! yeay~ 
* cikgu pun kena exam kan? xphm tol. engat chekgu wat soklan exam jea.;(

19/05/2011 (2.30-5.00 PTG)  nie waktu membuta + MARIMAR!
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA


23/05/2011 ( 8.30 - 11.00 PG) pagi tue okeh! i loike~
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

24/05/2011 (2.30 - 5.00 PTG ) oke! nie subject feveret ^.^
MTE 3101 MENGENAL NOMBOR

25/05/2011 ( 2.30 - 5.00 PTG)  agak-agak tetido tak tym jwb??..
MTE 3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

itu dia jadual exam. petang semua. nasib la cikgu-cikgi IPG sekalian. harap tak tido ya:)

* ini wallpaper laptop sekarang! tmbah semangat*
YA ALLAH,
kuatkan hati ini untuk menghadapi ujian dunia ini ya Allah,
sihatkanlah tubuh badan ketika peperiksaan ini,
permudahkan segala urusanku ya Rabbi,
jauhkanlah diriku dari sifat riak dan takabbur,
pertingkatkanlah ingatanku dalam mengingati & mengamalkan semua ilmumu, ya Allah.

mak, abah; mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki ya. Halalkan makan minum. Halalkan semua ya. doakan kejayaan anakmu dunia dan akhirat.

adik, k.teh, abang; nak mintak maap jugak ya. selalu susahkan ampa semua. nanti blik kta pi kelah + shopping lagi k:))

roomate; maaf sebab x bgi kamu semangat untuk membaca & study. BTW, good luck k.

rakan-rakan sekelas ; sorry kalau saya banyak menyakitkan hati kamu ok~ good luck semua! DO THE BEST k, i know u all will do the best among the best. Hope we will get the highest ranking in our batch. & no more failed taw!

 lecturers ;mohon halalkan semua ilmu yang diberi. Berkatilah segala ilmu dan pengetahuan yang anda curahkan. maaf sekiranya saya ada mengguris hati anda sekalian;

yeah! Lets STUDY!! mood dah ade~


chekgu yg malas menulis;


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cuti semakin berakhir~

Alhamdulillah, menjadi pelajar institut perguruan bukanlah seteruk menjadi pelajar-pelajar IPTA atau IPTS. Tetapi diri ini seringkali mengingatkan diri sendiri bahawa amanah yang akan dilaksanakan apabila bergelar seorang guru amatlah berat. gurulah yang mencorak anak-anak kecil selepas ibu bapa.
Baru kini ku sedar besar tanggungjawab sebagai seorang guru.



Sebenarnye post kali ini Chekgu nak ceritakan cuti Chekgu yang rase terbuang. dek kerana kelalaian dengan internet. tapi itula, internet nie ade pros and consnyer. dalam kesebukan menyiapkan assignment, sempat lagi Chekgu ber'chatting' dengan rakan Chekgu yang berada di University Mu'tah, Jordan. Masyaallah, ilmu syariahnye sangat tinggi. Abeh semue hukum hakam dikupasnye beserta dalil. Masyaallah! terpesona sekejap Chekgu. banyak ilmu yang dipelajari. terase diri ini terlalu kerdil. walaupun abah seorang ustaz kat langkawi nie dan taw segale hukum hakam agame, tetapi kenapalah diri ini x terpilih untuk mengambil semua ilmu-ilmu abah?? Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Adik, abang, kakak semuanye sekolah swasta dan mempelajari matapelajaran agama. Chekgu jea yang tersesat pergi sekolah kerajaan yang hanya mempelajari matapelajaran basic dalam bidang-bidang agama. Seringkali jugak Chekgu diketawakan oleh keluarga Chekgu apabila bahasa arab Chekgu yang tunggang langgang. Kadangkala cemburu di hati apabila abah, adik, abang dan kakak rancak berkomunikasi dalam bahasa arab. Timbul niat dihati untuk bermusafir ke negara arab dan menetap disana bagi memantapkan bahasa arab Chekgu.

"abah,adek,mak,abang,k.teh, tunggu, suatu hari nanti Bahasa Arab akan menjadi bahasa komunikasi T-ah".
janji diri ini dihadapan keluarga.


Tika lepas SPM, Chekgu ditawarkan ke Mediu (Universiti madinah), Chekgu bahgia sangat apabila mendapat tawaran ke sana yang segala yurannya ditanggung kerajaan malaysia. ketika itu, mereka mengalu-alukan kehadiran pelajar malaysia. Selepas berbincang dengan keluarga, abah buat keputusan tidak membenarkan Chekgu ke sana. "kat madinah tu ramai syiah. Abah xnak anak abah balik terpengaruh dengan budaya syiah". Kata-kata abah yang Chekgu ingat sampai sekarang. Chekgu pasrah walaupun hati ini terlalu sedih tapi abah lagi layak membuat keputusan. Abang angkat Chekgu yang berada di Mu'tah pon memberi pandangan yang sedemikian. Mungkin ada hikmah disebaliknya, Rupa-rupanya Allah telah memilih Chekgu untuk menjadi pendidik anak bangsa. Chekgu bersyukur walaupun ketika itu Chekgu berada di Universiti Malaya, u yang paling top di Malaysia.


Berbalik pada kisah cuti Chekgu. Terlebih melalut pulak. Ni la jadinya bila menulis dengan penuh perasaan. hahaha. Alhamdulillah. walaupun dalam sebuk siapkan assignment, Chekgu sempat belajar beberapa perkataaan arab baru dari sahabat Chekgu. Credits to him. baru Chekgu tahu bahasa arab nie ada bahasa arab amiyyah dan fasohah. Contah yang paling Chekgu ingat kuwayyiz = jiddan yang maksudnya adalah bagos/baik. Next post Chekgu cuba senaraikan apa yang Chekgu pelajari dari kawan Chekgu. Dari operkataan yang simple sampai la perkataan yang jiwang-jiwang pon ada. Baik betol kawan Chekgu ni. sanggup mengajar Chekgu yang sememangnya lemah dalam bahasa ini. TImbul bangga di  hati mempunyai sahabat yang sedemikian rupa. Pandai serba serbi. Sejuk perut ibu mengandung!!

Tapi di sebalik kepandaiannya, semuanya bermula daripada seorang C.I.K.G.U

.[profesian yang akan Chekgu ceburi tidak lama lagi]

Setakat ini sajalah coretan Chekgu kali ini. lain kali Chekgu coret lagi. Nak bersiap-siap untuk ke Kelate pulok. Sepupu Chekgu kawen. Doakan perjalanan Chekgu selamat. aaamiiinn!!
Disini Chekgu sertakan movie yang kawan Chekgu bagi kat Chekgu untuk perbaiki Bahasa Arab Chekgu. meh tengok meh. 



p/s: sahabt yang Chekgu maksudkan disini, kakaknya berkhahwin dengan cousin Chekgu kat Kelate nie.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nilai-Nilai Keguruan

6 Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni.

6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.
2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.
3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.
4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.
5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.
6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.
Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi. Sekian terima kasih.

~ CheKgu tiah~ [18 February 2010, 12:34]
Regards,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Green Polka Dotted Pencil