Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Penat

"Makin lama dalam kerja dakwah, semuanya takkan bertambah mudah. Makin lama dalam medan tarbiyyah, makin banyak ujian yang Allah hantar. Makin banyak ilmu yang kita peroleh, makin orang tak suka pada kita. Itu lumrah"

"kenapa kau cakap macamtu?"

"nanti ku akan faham"

"tapi, aku penat!"

"penat kau tak lama"

"mana kau tahu?"

"sebab hidup kat dunia ni sekejap. kat syurga nanti, rehatlah puas luas"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelajar Terima Baucar RM200

Salam alaik,

Hari ini, kerajaan telah umumkan kepada semua bahawa pelajar Malaysia yang menuntut di Malaysia layak untuk menerima baucar RM 200 untuk pembelian buku ilmiah dan buku yang digunapakai di IPT masing-masing. Malangnya, pelajar yang menuntu di Institut Pendidikan Guru (IPGM) tidak layak untuk menerima.


Hakikatnya, pelajar-pelajar yang menuntut di IPGM sudah lama menerima elaun buku minimum RM 600 - RM 1000. Elaun buku yang diberikan oleh KPM bergantung kepada kos dan keperluan jurusan yang diambil oleh para pelatih guru. Jumlah yang diberikan bergantung juga pada budget KPM dan mengikut taraf hidup setempat. Itulah untungnya menjadi pelatih guru di IPGM. Banyak kelebihan berbanding pelajar IPT yang mengambil jurusan pendidikan di unuversiti- universiti tempatan. Peluang pekerjaan dan penempatan juga terjamin. Apa-apapun, belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. Beruntunglah anda menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang mendapat peluang pendidikan yang sama rata. Gunalah wang tersebut dengan sebaik mungkin.



Pena Bakal Guru;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Filem Taare Zameen Par(Like Star on Earth)

 
 
Guru-guru sekalian, jom tonton filem yang penuh pengajaran ini.
 
 



Pena Bakal Guru;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mahasiswa IPTA vs Guru Pelatih IPGM


Gerakan Mahasiswa kini nampaknya semakin berbisa. Mereka sudah sampai ke tahap menjadi de facto dalam dasar- dasar negara. Sememangnya inilah peranan mahasiswa. Mereka lantang bersuara mebidasa dan menjadi check and balance pada kerajaan dalam segenap isu. Mereka membuktikan kekuatan mereka dengan ilmu yang mereka miliki demi memastikan masa hadapan terus cerah dan tidak terancam di tanah air sendiri.

Sirna baharu mereka ini dilihat sebagai sesuatu yang positif oleh masyarakat. Mahasiswa tidak lagi lesu sebagai pembela masyarakat. Kalau dahulu ya masyarakat kita buta huruf, buta teknologi tak tahu apa- apapun tentang erti kemajuan. Maka tanah terjual, kampung tergadai. Tatkala itu terjadi hanya dua tiga orang sahaja anak kampung menjadi mahasiswa maka mereka bersuara. Kini kian ramai anak kampung bergelar mahasiswa. Malahan mereka juga punya bekalan fikrah dan kerohanian yang tinggi.

Jauh nun di ibu kota, di Universiti Malaya mahupun di Universiti Kebangsaan Malaysia, mahasiswa kita berdepan dengan satu ranjau penuh berani. Memperjuangkan hak mereka, hak masyarakat, hak agama dan generasi masa hadapan. Mereka membantah isu PPSMI, berani membuat keputusan yang drastik yang kerajaan anggap benar, tapi hakikatnya memakan bangsa. Mereka juga sudah terkehadapan dengan penyerahan memorandum dan membawa suara masyarakat jauh lebih penting dari peranan ahli parlimen.

Kerajaan pula janganlah hanya memainkan retorik sahaja menyatakan bahawa mahasiswa adalah modal penting negara. Peranan mereka ditagih untuk membangunkan negara mancapai tahap dan status negara maju. Dengarlah dan ambil perhatian pada suara mahasiswa ini. Dalam segenap hal, mahasiswa lebih memahami dan arif berbanding ahli parlimen. Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara yang bakal berlangsung Julai ini adalah hasil inisiatif Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) harus menjadi perhatian dan medan kerajaan mengkaji keberkesanan sistem pendidikan nasional ketika ini.

Mahasiswa IPTA sudah jauh ke hadapan. Kemalapan pula menghantui mahasiswa bergelar guru pelatih di 28 buah IPGM seluruh negara. Mahasiswa IPGM dikatakan tidak bersuara. Persoalannya, adakah kami tidak bersuara atau kami dikunci mulut? Inilah yang harus diketahui pihak di luar sana sebelum menyatakan apa- apa berkenaan kemalapan mahasiswa IPGM. Mahasiswa IPGM inilah yang akan berada di barisan hadapan kelak mendidik anak bangsa kita menjadi insan berguna dan terpelajar. Tetapi kami juga yang dirundung kemalapan kini.

Guru pelatih kini dalam situasi terkongkong. Terus ditekan dan tiada punya kebebasan segah mahasiswa IPTA. Mahasiswa IPTA hebah dengan mengusung keranda Akta 152, membanjiri jalanan mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI tetapi guru pelatih hanya diam membisu? Kenapa? Bukankah mahasiswa IPGM ini adalah guru. Mereka sepatutnya mempertahankan bahasa kebangsaan.

Keruntuhan akhlak dan hedonisme yang kian merebak dalam kalangan belia negara juga menjadi perhatian mahasiswa IPTA. Tetapi kenapa guru pelatih masih berdiam diri? Tiada sebarang kenyataan atau bantahan sehebat mahasiswa IPTA. Mahasiswa IPTA sanggup ke parlimen menyerahkan memorandum, pergi ke Kompleks Perdana di Putrajaya menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri. Apa bezanya Universiti Malaya dan IPGM Kampus Bahasa Melayu juga Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa yang hanya bersebelahan?

Sedarilah bahawa kita adalah barisan paling hadapan. Kita yang mengerakkan dan berada dalam dasar ini kelak. Andai PPSMI terus gagal, kita adalah yang mengagalkannya. Andai bahasa kebangsaan dianak tirikan di negara sendiri, kita lah yang gagal membangkitkan dan menjadikannya sebagai bahasa citra bangsa kita. 

Bersyukurlah wahai pewaris generasi guru sekalian. PPSMI bukan isu lagi. Tapi bukan atas usaha dan daya anda sebagai guru pelatih dan dan guru. Tetapi atas usaha daya mahasiswa IPTA di luar sana. Sampai bilakah pewaris generasi guru ini akan malap? Tidak bangun dan bangkit segah mahasiswa di luar sana. Sampai bila-bila kah? atau sampai rosaknya bangsa dan agama? Fikir dan renung-renungkan. Andalah bakal penentu generasi akan datang. Jika bukan anda yang bangkit, siapa lagi? Jangan hanya menjadi pemerhati tanpa tindakan. Bangunlah wahai guru pelatih sekalian!



Guru pelatih;


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CIRI PERSONALITI CARL JUNG


Things that i hate! something happend to me u know..

when??

where??

who??

how??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

urm. xpayah nak semangat sangat k.
i just dreaming and so sleepy when seating for PKK exam. 
felt so tired.
maybe coz of not getting enough sleep for last night.
urmm..

" hey what happened to u?, r u got fever? u had a reddish eyes?"
asked someone..

heeee:)
smiling is the best answer..

....................................................................................................................................................................


sape kenal ini orang?? angkat tangan!!
mesti xde yang kenal kan?
let me introduce him.

He is CARL GUSTAV JUNG. Born at Kesswil, Switzerland. Beliau nie anak seorang paderi. Keturunan orang pandai-pandai. kiranya family dia orang berpendidikan ler. mesti korang pelik kan? tetibe je Chekgu nak bercerita tentang mamt Inggeris ni. dah la x hemsem. muka berkedut-kedut. hahaha. maap!
Dia nie hebat tau! sebab beliau merupakan graduan perubatan tue. haaa.
dont judge the books by its cover taw!
muka x penting. xhensem xpe. yang penting ilmu penuh didada.

Kemudian, beliau memulakan kariernya sebagai seorang doktor pakar sakit jiwa. Beliau mengkaji pelbagai budaya manusia seperti budaya hidup orang di Amerika Syarikat, Afrika dan India. banyak tempat dia pergi kan. semata-mata nak mencari ilmu. see, omputih pun ikut saranan Nabi Muhammad taw! Salute~

kita? bila lagi??

Sabda Rasulullah; "Tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China".

oke. sambung balik. Carlo Jung nie, menggunakan pengalamnnya untuk mencipta teorinya sendiri? teori ape? 

TEORI PERSONALITI!

selepas terciptanya teori ini, beliau terus mendapat gelaran professor daripada University of Basel.


sebenarnya, tym exam pkk tadi ada soalan pasal teori personaliti Carl Jung. soalan struktur pulak tue. sabar jela kan. nasib baik ingat. tapi x tahu nak explain. soalnnya camni ..

Huraikan 3 jenis personaliti menurut Carl Jung

i) ........................................................................
    ........................................................................
ii) ........................................................................
     ........................................................................ 
iii) ........................................................................
     ........................................................................

( 6 Markah)           



hehehe:)
amacam? rasa-rasa boleh dapat full marks tak?
paling koman pun 3 marks, x pun 2 marks..

femes tak orang nie? femes kan? sampai masuk exam teori die. 6 markah lak tue. 
uiiii. rugi sape tak taw ini orang~ :)
saje jea nak bagi HOT kan..

TEORI PERSONALITI CARL JUNG a.k.a jawapan soalan td..

Menurut Carl Jung (1923), terdapat 3 jenis personaliti iaitu:

i) EKSTROVET

 Individu yang bersifat ekstrovet lebih kepada dunia luaran berbanding dengan dunia dalamnnya. Personaliti jenis ini lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan orang lain. Menurut Slater (1962) kebebasan merupakan satu ciri ekstrovet. Mereka peramah, tidak mudah risau, tidak mudah malu, berminat dengan sukan, mudah menyesuaikan diri, sangat aktif, suka bersosial, mesra, gemarkan aktiviti luar, dan responsif terhadap persekitaran. Mereka suka bergembira, suka kepada perubahan dan bertindak mengikut impuls. mereka tidak suka belajar atau bekerja secara berseorangan. Biasanya individu ekstrovet cepat marah tetapi tidak menyimpan kemarahan itu lama.

ii) INTROVET

Perkembangan introvert lebih menumpukan aspek dalaman. Introvet bermakna mengambil berat tentang diri sendiri.Introvet mempunyai ciri individu yang mempamerkan ciri yang pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, cermat, reflektif, dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerja, boleh dipercayai dan bersedia menanggung risiko. individu Introvet tidak  udah marah tetapi sekali marah, habisla korang. perasaan marah itu akan berpanjangan sehingga boleh menyebabkan dendam. Mereka juga berupaya       meneliti dan menganalisa perasaan sendiri dan tidak banyak mempunyai rangsangan luar. Mereka tidak bercita-cita tinggi dan tidak meminati kebendaan. Mereka suka merancang perkara-perkara yang akan datang, dan suka kepada kehidupan yang teratur.

who are you??




OR

iii) AMBIVET

Individu ambivet mempunyai ciri-ciri daripada kedua-dua jenis personaliti iaitu ekstrovet dan introvet. mereka merupakan gabungan kedua-dua jenis perkembangan personaliti iaitu ekstrovet dan introvet. Kemungkinan sifat yang dipunyai oleh individu ambivet ialah aktif, sensitif, optimis dan gemar berseorangan.


apa yang Chekgu harap harini?
" hope u learnt something today"
thats all.
fullstop.


nak jadi cam Carl Junglah;


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Academic Competition is so LAMe!!


The freaking inaccurate public examination; PMR has just ended and I could see all the people are proud of their school's ranking. Call me stupid, but I won't be bothered by my school's performance. Because I don't believe in how public examination reflects your intelligence.

That's not just it. This kind of competition has ignore other elements that are important in creating a useful workforce. We just compete, and strive for the examination, and then we are proud of how many A's we have. What a stupid kind of proud, when we have a freaking amount of A's but we have lack of soft skills.

We ignore the soft skill competition. Our mom wants us to get all A's. Our teachers want ys to get all A's. The society wants us to get all A's. But no one want us to be a useful Malaysian that can talk, street smart and independent.

ask your heart! what u want u will get that.

p/s: oooppss! i'm forgetting i am teacher wanna be. not my fault rite?? just convey up my opinion. its come  from my friend. if i am the leader of education ministry one day, i will change this system..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Green Polka Dotted Pencil