Penat

"Makin lama dalam kerja dakwah, semuanya takkan bertambah mudah. Makin lama dalam medan tarbiyyah, makin banyak ujian yang Allah hantar. Makin banyak ilmu yang kita peroleh, makin orang tak suka pada kita. Itu lumrah"

"kenapa kau cakap macamtu?"

"nanti ku akan faham"

"tapi, aku penat!"

"penat kau tak lama"

"mana kau tahu?"

"sebab hidup kat dunia ni sekejap. kat syurga nanti, rehatlah puas luas"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Realiti @ Fantasi

Sejak dua menjak ni, aku jadi busy. busy dengan urusan kakak aku yang accident. Urus insurance kereta yang accident. Dalam masa yang sama aku ulang alik ke Penang jenguk kakak aku yang masih koma.

Menyendiri. Menangis. Itu perkara biasa. Sejak daripada peristiwa itu, aku jadi benci di sini. Aku salahkan tempat ini. Tempat ini yang seolah olah menyusun satu persatu musibah yang melanda diri aku. Tanpa aku sedar yang sebenarnya Allah sedang merencanakan sesuatu buat aku.

Henfon aku off. Panggilan penting aku tak jawab.

Ya, aku sedar. Semua mencari aku. Semua sayang aku. Tapi aku buta. Aku dibutakan dengan masalah masalah kebencian yang tak tertanggung. Aku lupa. Aku alpa. Aku lalai. Maka, Allah turunkan musibah buat aku supaya aku sedar.

Aku kol ibu. "ibu, adik nak keluar dari sini"  tapi sekadar dalam hati. Yang terkeluar adalah "ibu, ibu sihat? kakak mcam mana?"

"adik, kakak masih di ICU. Dr kata kakak mengandung 2 bulan"  cerita ibu dalam esak tangis.

"ibu, ibu kuat ya ibu. esok adik datang ya ibu" pesan aku. Tanpa ibu tahu, air mata aku mengalir lagi. Sebenanya aku yang tak kuat. Ibu lagi kuat.

"ibu, adik ada kelas. Nanti adik kol lagi ya, ibu". Sebenarnya aku cuba untuk tahan menangis depan ibu. Aku letak fon. Aku menangis semahunya.  Aku tidak hadir ke kelas pun.

"Kak, madam Ch'ng cari akak"  sms dari Haanan. Aku baca. Tapi aku diam. Sambung nangis. Aku pesan pada hati;

"kuat! kau perlu kuat!" tapi, pesan sekadar pesan. tiada effect apa-apa.

Aku capai kunci kereta. Drive ke masjid. Aku perlu cari kedamaian. AKu perlu sendiri mencari kekuatan. Malam itu, aku bermalam di masjid.

"kak, akak iktikaf di sini ya?" tanya penjaga masjid tu

"boleh ke pakcik?"  tanya aku dalam serak.

"boleh akak. kat sini tenang kak. kak duduk lah sini sampai akak reda ye' kata pakcik tu seolah olah memahami situasi aku.

Aku tak tidur. Teringat kata kata ustaz aku, "kalau sedih, istigfar banyak banyak"

Malam tu, aku solat malam. Dah lama rasa tidak buat. Patut aku rasa kosong. Aku berdoa dalam tangisan moga Allah ringankn beban aku.

Solat Subuh berjemaah di masjid. Aku mnangis lagi dalam solat. Habis doa, aku menangis lagi. "lepaskan. lepaskan disini" seperti ada suara yang berbisik. Aku menangis semahu mahunya. "takkan nak jumpa ibu kau dalam mata bengkak, tak terurus?"

Selepas dhuha, wechat ibu kata nak gerak ke Penang. Aku buka dompet, duit dah kurang. Berhenti skejap di stesen minyak untuk isi minyak dan cucuk duit.

Sampai di Penang, aku, ibu, abah bergilir - gilir masuk ziarah kakak. Ya Tuhan, aku tak mampu. Sungguh. aku tahan air mata dari menitis. cepat cepat aku keluar.
"ibu, adik nak ke toilet sekejap ya ibu"  " nak ibu teman?"
"takpe bu, adik boleh g sorang"

Ya, airmata ni tak berhenti mengalir. Teresak esak aku dalam toilet.
"kak, tisu!" aku pandang bawah. comel budak ni. bisik hati aku. Kalaulah diberi pilihan, ingin sahaja aku jadi kanak kanak.

Aku balik semula Khamis. On phone. Ya. Banyak msg penting. Banyak call penting. Aku ignore lagi. Biarlah.

Aku jadi stress.

"Salam Madi" aku sms madi. Tapi tiada balasan. Niat di hati ingin aku luahkan semua. Ingin aku ceritakan segalanya.

- Lailahaillallah. Lailahaillalah. Muhammadurrasulullah. Muhammadurrasulullah s.a.w -

Fon berbunyi. Tanda SMS masuk. Aku buka.

"bagaimana keadaan kau arini? kau ok?"  tertera nama Amin.

Dia banyak nasihat aku. Dia yang banyak tolong aku. Dia juga yang aku minta tolong kalau aku susah atau senang. Apa apa aku cerita pada dia. Dia pendengar yang setia. Aku selesa dan percaya pada dia. Sebab aku tahu, dia tak akan cerita pada sesiapa pun. Ya. Dia sahabat aku.

"aku ok, alhamdulillah"  pendek. ringkas. walau aku sembunyikan kesedihan aku.

....bersambung (insyaAllah)...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mimpi Dunia

" pernahkah anda bermimpi jumpa satu benda yang kita suka, kita genggam ia kuat kuat supaya bila sedar dari tidur nanti benda itu dibawa bersama dari alam mimpi ke realiti
tapi gagal"

"pernah!"

"itula DUNIA"

"kenapa pula?"

"DUNIA hanya mimpi bukan realiti"

"tapi kenapa?"

"semua terjadi apabila manusia ada penyakit al wahan"

"apa tu al wahan? aku tak faham"

"sabda Nabi Muhammad S.A.W ; penyakit manusia cinta dunia takut mati"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Green Polka Dotted Pencil