HARI INI..

Rasa sangat tak berguna hari ini. Pagi-pagi bangun terus menghadap laptop. update blog. Aduish. Kenapalah time2 nak exam nie la datang mood nak update blog. x pham rasanya dengan diri sendiri. huh..

so, belek2 blog orang.. terjumpa ini. rasa nak berkongsi dengan semua tentang tokoh-tokoh yang semakin hari semakin dilupai ramai. Meh kite 'explore' meh


Dr Yusuf Al-Qaradhawi
Dr Yusuf Al-Qaradhawi...merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah yang aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad.



HAMKA
HAMKA( Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah)..seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara.Juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Ia mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang



Muhammad Abu Turaekah
Muhammad Abu Turaekah, bintang sepak bola yang biasa memakai no 22 di kesebelasan sepak bola Mesir, berhasil memasukkan gol ke gawang lawan, saat kesebelasan Mesir melawan team Sudan di piala Afrika di Ghana, Sabtu (26/1). Penjaring gol biasanya lompat atau bergulingan saat masukkan gol ke gawang lawan, namun Abu Turaekah sengaja membuat kejutan yang menjadikan puluhan juta mata penonton di seluruh dunia terpegun.Kejutan itu terjadi saat Abu Turaekah, yang bermain di klub al-Ahli, memakai kaos putih dibalut kaos merah yang menjadi warna kebanggaan kesebelasan Mesir. Kaos putih itu bertuliskan ‘sympatic for Gaza’ dengan berbahasa Arab dan Inggris berwarna hijau yang mencirikan nuangsa Palestina. Kejadian itu hanya beberapa detik saat Abu Turaekah menggetarkan gawang yang kedua.



Syeikh Ahmad Yassin
Syeikh Ahmad Yassin..merupakan pengasas pertubuhan Palestin Hamas.Telah dibunuh pada tahun 2004 ketika helikopter Israel menghentam 3 buah roket ke atas kenderaannya setelah beliau menunaikan Solat Subuh.



FATHI YAKAN
FATHI YAKAN..dilahirkan di Lubnan pd 9 Februari 1933 dan tidak asing dalam gerakan Islam.PEngaruh tulisan-tulisannya telah menular dan meresap jauh ke dalam hati-hati umat Islam tentang pentingnya dakwah Islamiyyah dalam kehidupan seharian.Malahan tulisan-tulisan beliau bukan sahaja dapat di baca dalam bahasa Arab, tetapi telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Malaysia. Bukunya yang mashur iaitu “maza ya'ni intimai Ila Islam” (Apakah Ertinya saya menganut agama Islam) telah dijadikan silibus Usrah oleh kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan Islam.


AsSyahid Imam Hassan AlBanna
AsSyahid Imam Hassan AlBanna.Beliau hidup di dunia selama 40 tahun.Ia tidak tidur di atas tilamnya yg empuk kecuali beberapa malam tertentu.Ia tidak bertemu dengan sanak saudaranya kecuali pada saat2 tertentu.Beliau menjadi permata dalam dakwah zaman moden ini,beliau berjaya mengabungkan pelbagai kepakaran dan kebolehan untuk menjadi suri tauladan di jalan dakwah.



Sayyid Qutb Ibrahim as-Syazili
Sayyid Qutb Ibrahim as-Syazili,dilahirkan pada 9 oktober 1906M/21 Rejab 1324H di Asyut di Mesir.Beliau bertambah hairan,bagaimana kematian Imam Hasan Albanna di Mesur tetapi disambut besar-besaran di Amerika.Di situlah beliau cuba menyelami serta mendekatkan diri dengan perjuangan Imam Hasan dan gerakan dakwahnya melalui Ikhwan Muslimin.Beliau semakin memahami bahawa Ikhwan Muslimin merupakan gerakan dakwah yang bukan sahaja mampu memperbetulkan fikrah pemerintah,rakyat seluruhnya,malah mampu membentuk peribadi mulia di kalangan umat Islam dengan jiwa yang tunduk kepada perintah Allah SWT


Mahatma Gandhi
Mohandas Karamchand Gandhi (Mahatma Gandhi)..Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam Gerakan Kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui aksi Demonstrasi damai dan membentuk sebuah gerakan non-kekerasan.


sahabat;
seringkali diri ini tertanya-tanya,
bilakah kita kan menjadi seperti mereka?
berakhlak mulia..
beriman dengan sepenuh hati kepada Tuhan,
mempertahankan hak masyarakat, agama, nusa dan bangsa..

bangunlah sahabat;
marilah sama-sama kita perjuangkan agama kita,
kita perjuangkan nasib bangsa kita,
kita perjuangkan hak minoriti kita,

sahabat;
jangan risau..
jika tiada siapa yang bersamamu,
ingat!
Allah sentiasa bersamamu..
Aku akan sentiasa bersamamu ..
sama-sama mempertahankan Islam di muka bumi.

Moga hari ESOK lebih baik dan cemerlang dari hari ini..


sahabatmu;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 26 menulis:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Green Polka Dotted Pencil